[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/wargaemas/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR.flv[/flv]
Transkipsi V.O Adalah dinasihatkan agar si penjaga melakukan senaman ringkas sebelum mengangkat dan mengalih warga emas. Senaman ini merangkumi:
Senaman ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti otot, membantu mencegah kecederaan diri penjaga dan memudahkan kerja-kerja mengangkat dan mengalih warga emas. Bagi teknik mengangkat dan mengalihkan warga emas pula terdapat dua bahagian iaitu pertama teknik yang dilakukan oleh seorang penjaga. Untuk mengangkat warga emas yang baring terlentang ke kerusi roda. Mula-mula letakkan kerusi roda ke sisi katil. Pasang brek kerusi roda, alihkan tempat letak kaki dan tanggalkan lengan kerusi roda. Mulakan dengan bengkokkan siku kanan warga emas ke paras bahu kemudian letakkan tangan kiri keatas perutnya.
Silangkan kaki kiri ke kaki kanan. Penjaga berdiri dengan sebelah kaki melutut di atas katil di sisi warga emas. Ampu bahu kiri dan pinggul kiri warga emas. Pusingkan badan warga emas secara serentak ke kanan. Lakukan langkah yang sama untuk memusingkan badan ke kiri. Turunkan kedua-dua kaki warga emas ke sisi katil. Ampu bahu kanan dan pinggul kirinya.Kemudian angkat warga emas ke posisi duduk. Posisikan lutut warga emas dengan lutut penjaga. Ampu punggung warga emas dan gerakkan punggungnya ke kiri dan ke kanan sehingga kaki mencecah lantai. Letakkan kedua-dua belah tangannya di atas bahu penjaga dan ampu pinggangnya. Bantu mereka untuk berdiri. Kemudian pusingkan badan warga emas ke arah kerusi roda serentak dengan kaki penjaga. Pastikan lutut penjaga menyokong lutut warga emas untuk menstabilkannya. Bengkokkan badan dan dudukkannya di atas kerusi roda. Teknik kedua ialah mengangkat dan mengalih warga emas yang dilakukan oleh dua orang penjaga.
Kedua-dua penjaga berada di kiri dan kanan katil warga emas. Kemudian tangan setiap penjaga di letakkan di bahagian lengan atas dan belikat warga emas. Kedua-dua penjaga secara serentak mengankat warga emas ke posisi duduk. Langkah seterusnya, sebelah lengan penjaga mengenggam di antara satu sama lain di bawah lutut warga emas. Bahu penjaga di letakkan di bawah ketiak warga emas. Pegang seluar atau sarong warga emas secara serentak dan alihkan ke belakang atau ke hadapan. Seterusnya, seorang penjaga menyokong warga emas dari belakang dan menggengam kedua-dua tangannya. Penjaga kedua berada di hadapan warga emas dan mengampu betis dan lutut warga emas dari bawah. Secara serentak angkat warga emas ke kerusi roda.
|
|
---|