A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Tip Kebersihan Mulut Bayi...

Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-Kanak

Download:

Transkipsi

  1. Pemakanan yang sihat menentukan kesihatan pergigian yang baik. Penjagaan gigi pula membantu ke arah pembentukan muka  yang sempurna dan menyediakan ruang untuk gigi kekal tumbuh dengan teratur.
  2. Gigi yang sihat bukan sahaja membolehkan kanak-kanak mengunyah makanan dengan selesa tetapi juga bertutur dengan jelas serta memberi keyakinan diri yang tinggi.
  3. Ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh dan menggalakkan anak-anak dalam menentukan kesihatan mulut dan gigi mereka. Penjagaan gigi perlulah dilakukan dari peringkat kanak-kanak hinggalah mereka boleh memberus gigi dengan sendiri lebih kurang pada usia 6 tahun.
  4. Gigi pertama tumbuh lebih kurang pada usia enam bulan sehinggalah kesemua 20 batang gigi susu tumbuh pada usia dua tahun setengah. Ibu bapa mesti memberi perhatian supaya tidak membiarkan anak mereka tertidur dengan botol susu.

CARA MEMBERSIHKAN MULUT DAN GIGI
Untuk bayi – Bersihkan mulut bayi anda dengan menggunakan kain lembut yang bersih dan basah setiap kali selepas penyusuan.

  1. Anda hanya perlu menggunakan  secalit sahaja ubat gigi berfluorida.
  2. Gigi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun perlu diberus oleh ibu bapa atau  penjaga dengan menggunakan berus gigi bersaiz kecil dan lembut.
  3. Berus kesemua giginya dengan  bersih dan teliti dalam bentuk pusingan kecil.. Pastikan anak anda meludah ubat gigi selepas selesai memberus.

Untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas

  1. Gunakan sedikit ubat gigi berfluorida sebesar saiz kacang pea sahaja.
  2. Ibu bapa perlu menyelia dan membantu anak mereka memberus gigi sehinggalah mereka berusia sekitar enam tahun.

PERINGATAN PENTING

  1. Simpan ubat gigi ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  2. Gigi harus diberus dua kali sehari, terutama selepas makan dan sebelum masuk tidur.

Galakkan anak anda berkumur selepas minum atau makan.
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak  dari kecil supaya  kesihatan mulut mereka terjamin.

T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah
7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah
7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat
7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
Tangani Kemarahan
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)
Teknik Penggunaan Inhaler
Teknik Pernafasan
Teknik Urut Bahu dan Leher
Teknik-Teknik Relaksasi
Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak
Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya
Tip Penjagaan Mata
Transnasal Endoscopy

 

Related Article

Denggi

Download: Transkipsi DENGGI Dalam tidak sedar, anda mengundangnya. Membenarkannya mengganggu

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,799,659

LAST UPDATE :
2024-10-28 09:55:55
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia