Dr. Nur Laila Sofia bt. Ahmad merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya pada 2012 dengan memperoleh ijazah Master in Clinical Dentistry (Restorative Dentistry in Conservative Dentistry).
Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan kepakaran klinikal dalam pemeliharaan gigi serta rehabilitasi mulut dan kes-kes multidisiplin.
Pengalaman kerja:
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (2002)
- Klinik Pergigian Jalan Abdul Samad, Johor Bahru (2003)
- Klinik Pergigian Besar Kota Tinggi, Johor (2004)
- Klinik Pergigian Tampoi, Johor Bahru (2006 – 2008)
- Unit Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Jinjang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2012)
- Unit Pakar Pergigian Restoratif, Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan (2013 – sekarang)
Semakan Akhir :19 Jun 2015