A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Mustaffa b. Jaapar

Dr. Mustaffa b. Jaapar

alt

Dr. Mustaffa b. Jaapar merupakan Ketua Penolong Pengarah di Unit Perundangan dan Penguatkuasan di Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerja-kerja beliau melibatkan aspek berikut:

  1. Perundangan dan penguatkuasaan iaitu :
    1. Penyediaan draf rang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan amalan pergigian atau perihal berkaitan amalan pergigian.
    2. Mengkaji semula atau menghasilkan garis panduan bagi kegunaan pengamal pergigian.
    3. Memberikan input berkaitan kesan undang-undang lain terhadap amalan pergigian.
    4. Menganjurkan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai penguat kuasa pergigian.
    5. Merancang aktiviti bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pengamal pergigian haram melalui media cetak dan elektronik atau sesi ceramah.
    6. Verifikasi permohonan dan memberi saranan terhadap pendaftaran klinik pergigian swasta di bawah akta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 1998 (akta 586).
    7. Memastikan peruntukan undang-undang di bawah pelbagai akta di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi  oleh semua pengamal pergigian dan di semua klinik pergigian swasta.
    8. Memastikan pemeriksaan pasca-pendaftaran klinik pergigian swasta dijalankan.
    9. Menyiasat aduan terhadap klinik pergigian swasta yang diterima.
    10. Aktiviti penguatkuasaan melibatkan pelbagai negeri.
    11. Latihan dan audit kesihatan dan keselamatan pekerjaan di peringkat negeri.
    12. Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat KKM.
  2. Peningkatan kualiti perkhidmatan iaitu :
    1. Perihal piagam pelanggan dan sebagai ahli jawatankuasa Piagam Pelanggan di peringkat KKM.
    2. Aktiviti Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Peringkat KKM.
    3. Pengurusan aduan awam di peringkat Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM.
    4. Program Dental Profesional Development Portfolio bagi pegawai pergigian tahun satu dan dua dalam perkhidmatan.
    5. Pembentangan melibatkan kajian dalam Strategies for Implementing Clinical Practice Guidelines by District Dental Officers in Malaysia di 9th International Conference Asian Academy of Preventive Dentistry Kuala Lumpur. The International Journal of Oral Health. Vol 6, November 2010. Pg77.
    6. Penghasilan tesis Master of Science in Dental Public Health (2009) bertajuk Evaluation of Implementation of Evidence-Based Dental Guidelines by District Dental Officers of the Ministry of Health, Malaysia di University College London, United Kingdom.
    7. Penulis dan penterjemah isi kandungan portal MyHealth, KKM (2009-2011).
    8. Ahli penerbitan buku A Lifetime of Healthy Smiles. Oral Health in Malaysia. Commemorating 50 years of Public Service and Accomplishments 1957-2007.

Pengalaman kerja :

Dr Mustaffa b. Jaapar mula berkhidmat sebagai pegawai pergigian di Klinik Pergigian Besar Ipoh, Perak pada tahun 2002 dan telah ditempatkan di beberapa klinik pergigian di Perak seperti  Klinik Pakar Pergigian Hospital Ipoh. Beliau telah terpilih menjadi pegawai yang menjaga di Klinik Pakar Pergigian Hospital Slim River, Klinik Pergigian Slim River pada tahun 2003 hingga 2008. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti inovasi semasa di berkhidmat di Klinik Pergigian Slim River. Selaku pengerusi kumpulan KARISMA Inovasi kumpulan beliau bertajuk Pemisah Jarum Pintar (Smart Needle Seperator) telah terpilih bagi mewakili peringkat daerah dan negeri Perak (peringkat kebangsaan) melibatkan pelbagai pertandingan Inovasi dan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) pada tahun 2003 hingga 2008. Beliau telah dinaikkan pangkat dan ditugaskan di ibu pejabat di Unit Perundangan dan Penguatkuasaan Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM pada 16 Ogos 2008  dan bertugas sehingga sekarang.

 

Semakan Akhir : 22 Ogos 2011

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,490,551

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia