A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Fatimah bt. Salim

Fatimah bt. Salim

alt

Fatimah bt. Salim mempunyai pengalaman kerja selama 25 tahun dan merupakan Timbalan Pengarah di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti of Surrey, England  dengan memperoleh  Degree of Bachelor of Science (Nutrition and Food Science) With Second Class Honours (Upper Division) di Universiti of Surrey, England, Postgraduate Certificate in Lactation Management Education Program di Wellstart International, San Diego, California, USA.

Bertugas selama 18 tahun di Institut Kesihatan Umum, beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam program latihan dan penyelidikan pemakanan.  Ini termasuk membangunkan Program Latihan Laktasi seluruh negara bagi pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (IHRB), latihan penilai kebangsaan bagi IHRB dan pernah menjadi konsultan kepada Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam untuk latihan yang sama.

Sebagai  penyelidik, beliau adalah Ketua Kumpulan Saintifik Pemakanan Bayi bagi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi kedua, pada tahun 1996 dan ketiga 3 pada tahun 2006.  Beliau juga telah menghasilkan beberapa penerbitan di dalam jurnal-jurnal saintifik.

Kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang kerja beliau melibatkan pembangunan polisi dan perancangan program pemakanan di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga menganggotai beberapa Kumpulan Kerja Teknikal di peringkat kebangsaan termasuk:

  • Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Kebangsaan Panduan Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak
  • Naib Pengerusi  Kumpulan Kerja Teknikal Kebangsaan Panduan Diet Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi
  • Ahli Jawatankuasa Disiplin Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,726,165

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia