A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Shah Farez Othman

Shah Farez Othman

alt

BOptom, MHScOptom, MAMO, FAMO

Shah Farez Othman mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb. St. John, Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Pendidikan menengah beliau pula ialah di Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. Beliau memperolehi Sarjanamuda Optometri Kepujian dari UKM pada tahun 1999 dan menjadi optometris berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia pada tahun yang sama. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan karier profesional di hospital dan praktis swasta. Semasa di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, beliau merupakan satu-satunya Pegawai Optometri di Negeri Sabah.

Shah Farez memulakan karier akademik di Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT) pada tahun 2004. Semasa di IUCTT, beliau mengajar optik geometri dan subjek-subjek klinikal pada mahasiswa prasiswazah serta memberi khidmat jagarawatan mata kepada pesakit di Twintech Visioncare Centre.

Sewaktu memulakan karier akademik , Shah Farez mendaftar sebagai pelajar sarjana di UKM dan menjalani penyelidikan fellowship di Institut Oftalmologi Nasional, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya. Minat penyelidikan beliau tertumpu kepada pengimejan okular dan miopia. Beliau telah lulus pengajian Sarjana Sains Kesihatan Optometri pada tahun 2010.

Shah Farez merupakan Felo, Persatuan Optometris-Optometris Malaysia sejak April 2007 dan ahli Akademi Optometri Amerika sejak Jun 2006. Beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah optometri di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara.

 

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,558,632

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia