Khairul Adli bin Nikman merupakan seorang Pegawai Sains Forensik di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik) dan Sarjana Sains Kimia Analisis dan Analisis Beralatan. Beliau sedang melanjutkan pembelajaran di peringkat doktor falsafah.
Kerja-kerja beliau melibatkan pengujian makmal yang berkaitan dengan sains forensik daripada kes bedahsiasat mayat. Beliau juga terlibat dalam menyediakan dan membangunkan cara kerja dan prosedur operasi standard bagi jabatan dan unit beliau bertugas.
Beliau mahir dalam mengendalikan peralatan analisis kimia seperti peralatan automasi kromatografi (GCMS, HPLC) dan spektrometer (UV-Vis). Beliau juga telah disenaraikan sebagai antara panel pakar bagi membangunkan National Occupational Skill Standard (NOSS) bagi bidang Analisis Kimia tahap 4. Di samping itu juga, beliau telah dipilih untuk berada dalam Jawatankuasa Teknikal Sains Forensik peringkat kebangsaan (alternate member) yang merupakan National Mirror Committee (NMC) untuk ISO/TC 272.