A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Roshima bt. Mohd...

Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

alt
 

Dr. Roshima bt. Mohd Sharif merupakan Pakar Perunding Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Ayer Keroh, Melaka.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS, Malaya) pada tahun 1996 dan kemudian menyambung semula pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kepakaran serta memperolehi Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (M.Clin.Dent (Restorative Dentistry) pada tahun 2004.

Kerja-kerja beliau melibatkan prosedur rawatan restoratif konservatif yang kompleks, endodontik (rawatan kanal akar), rawatan prostodontik yang tetap (jambatan, korona) dan prostesis boleh tanggal (dentur/gigi palsu) serta rawatan melibatkan teknologi implan pergigian. Selain itu kerja beliau juga melibatkan kemahiran penggunaan pelbagai bahan pergigian yang khas untuk keperluan tertentu pesakit.

Beliau telah dilantik sebagai Pakar Perunding untuk latihan kepakaran program Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal oleh Fakulti Pergigian Universiti Malaya.

Beliau juga telah menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Luar Negara di Florence, Italy selama 2 minggu di dalam bidang Hard Tissue Augmentation Procedure and Management of Failed Implants.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian
    • Hospital Ipoh & Klinik Pergigian Besar, Ipoh (1996-1997)
    • Hospital Kuala Kangsar & Klinik Pergigian Sungai Siput (1997-1999)
    • Klinik Pergigian Besar Ipoh (1999-2000)
       
  2. Pakar Pergigian Restoratif
    • Klinik Pergigian Ayer Keroh, Melaka (2004 – kini)

 

Semakan Akhir : 17 Ogos 2011

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,516,776

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia