A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. GENERAL
  4. /
  5. Counselling Psychology
  6. /
  7. General
  8. /
  9. Others
  10. /
  11. Berani Menghadapi Kegagalan dari...

Berani Menghadapi Kegagalan dari Konteks Penyakit Kronik

Pengenalan

Kegagalan bukanlah satu kejadian yang mendatangkan bala bencana. Kita tidak gagal dengan mendadak. Kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat mengelak himpunan pemikiran dan pilihan yang kurang tepat. Lebih mudah lagi, kegagalan tidak lebih daripada beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang dibuat sehari-hari.

Masalahnya, bagaimanakah seseorang itu membuat kesilapan dalam pertimbangannya dan melakukan kesilapan yang sama setiap hari? Jawapannya, ia tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut. Kesakitan dan kekesalan mengenai kesilapan membuat keputusan ini cuma dilengahkan ke masa depan. Kesannya jarang berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia berhimpun sehingga hari ia tidak dapat dielakkan dan perlu dibayar kerana membuat pilihan yang salah, pilihan yang nampaknya tidak penting.

Kesan buruk kegagalan ialah ianya tidak ketara. Dalam jangka pendek, kesilapan yang dilakukan itu nampaknya tidak membawa sebarang perbezaan. Kita seolah-olah tidak gagal, malah kadangkala kesilapan yang terkumpul ini berlaku kepada kita di saat-saat kita menikmati kegembiraan. Memandangkan tidak ada perkara buruk berlaku kepada kita, memandangkan tidak ada kesan segera untuk menarik perhatian kita, kita menjalani kehidupan sehari-hari, melakukan kesilapan yang sama, memikirkan perkara yang salah, mendengar nasihat yang kurang tepat dan membuat pilihan yang salah.

Penyakit Kronik

Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah sesuatu yang mudah kerana pesakit terpaksa melalui transisi dari proses diagnos kepada rawatan dan seterusnya pengurusan terhadap diri sendiri. Ketidakupayaan, kebergantungan pada orang lain dan rawatan, stigma sosial, perubahan cara hidup, kos penyelengaraan rawatan yang mana ini semua akan menganggu aktiviti normal yang biasa dilakukan pesakit. Masalah-masalah ini akan memberi kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, kognitif dan emosi pesakit.

Peningkatan kes penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser dan tekanan darah seterusnya akan memberi risiko kepada penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang. Ini adalah kerana penyakit-penyakit tersebut dan beberapa faktor lain adalah penyebab utama kepada kewujudan pelbagai penyakit kronik.

Kesan Psikososial

Melibatkan aspek sosial dan psikologi berkaitan juga dengan keadaan sosial kesihatan mental. Adalah setiap perubahan dalam kehidupan individu baik yang bersifat psikologi ataupun sosial yang mempunyai pengaruh timbal balik. Isu berkaitan sejauhmana pesakit dapat mengharungi kehidupan mereka selepas mengalami kegagalan buah pinggang adalah bergantung kepada kualiti hidup pesakit.

Kesan psikososial pesakit terhadap penyakit (chronic illness) adalah terlalu jauh untuk dibuat jangkaan ini disebabkan oleh kebolehan individu tersebut menjalani kehidupannya seharian. Kebolehan pesakit menyesuaikan diri dimana pesakit dapat menjalankan aktiviti kehidupan sehariannya seperti biasa. Kesan aktiviti harian yang berubah secara drastik seperti aktiviti sosial, perhubungan, pencarian ekonomi, keselesaan dsbnya. Kesan psikososial juga bergantung kepada sejauh mana kebolehan melakukan perubahan atau penyesuaian disebabkan oleh penyakit tersebut, contohnya:

  • Personaliti pesakit.
  • Pemahaman pesakit.
  • Kehidupan semasa pesakit.
  • Sokongan keluarga atau masyarakat.

Perhubungan sosial tidak akan wujud sekiranya berlaku proses isolasi sama ada daripada pesakit tersebut atau komuniti / masyarakat. Boleh menyebabkan timbul persepsi negetif pesakit terhadap dirinya atau komuniti. Boleh menurunkan kekuatan psikologi pesakit hingga mempercepatkan proses penyakit menjadi lebih sakit. Komunikasi atau penglibatan secara langsung daripada keluarga, rakan sekerja dan masyarakat dapat memberi galakkan kelangsungan untuk terus hidup dengan bermakna atas dasar penerimaan diri pesakit secara total atau sepenuhnya.

Kesan Emosi

Perubahan gaya hidup adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang. Perubahan pekerjaan, tempat tinggal, komposisi dalam keluarga atau rutin harian merupakan perkara yang sukar untuk diterima oleh pesakit. Bagaimanapun tidak semua dapat mengharungi perubahan gaya hidup dan bergantung kepada persepsi pesakit itu sendiri sama ada persepsi positif atau negetif. Pengidap penyakit ini akan mengalami perubahan signifikan kearah stres disebabkan keperluan individu untuk menyesuaikan diri terhadap rutin kehidupan, ketidak selesaan terhadap penyakit, hilang kawalan, gangguan psikologi, kehilangan pride @ kebebasan diri dan sokongan kewangan.

Sekiranya pesakit tersebut mempunyai keyakinan untuk mengawal kehidupan harian dengan baik, maka level stres boleh dikurang. Akan tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, kesan stres akan memberi impak negetif terhadap diri pesakit tersebut.

Nilai stres sentiasa berkait rapat dengan:

  • Ancaman terhadap nyawa pesakit.
  • Ketidak selesaan terhadap rawatan.
  • Ancaman terhadap privasi peribadi.
  • Ancaman terhadap masa depan / matlamat
  • Ancaman terhadap hubungan keluarga (suami/isteri), rakan atau rakan sekerja.
  • Ancaman terhadap diri sendiri, keinginan bagi mengekalkan relevan dikalangan masyarakatnya.
  • Ancaman terhadap punca pendapatan.

Bagi menangani punca stres tersebut, adalah bergantung kepada keupayaan persepsi pesakit terhadap kesan penyakit yang dialami, mungkin akan mengubah corak kehidupan hariannya. Keupayaan pengurusan stres yang baik dapat mengekalkan emosi pesakit dengan baik, bermaksud kemungkinan untuk mengalami depresi adalah kurang atau tidak timbul secara mendadak.

Strategi Menghadapi Kegagalan

Kebolehan individu menghadapi stres adalah berdasarkan pengalaman lampau yang dihadapi. Kebolehan melaksanakan mekanisma menangani (coping mechanism) adalah disebabkan oleh pengalaman lampau dan digunakan sebagai alat untuk berhadapan dengan stress yang berlaku. Pembelajaran yang dipelajari berdasarkan pengalaman lepas yang menyakitkan. Kebolehan setiap pesakit untuk menangani kesan daripada penyakit yang dialami juga bergantung kepada kebolehan untuk mengawal penyakit tersebut, berupaya untuk konfran diri sendiri bahawa dia mampu untuk menghadapi penyakit kronik tersebut.

Keinginan untuk terlibat secara langsung dalam setiap rawatan yang diterima dan mempunyai keinginan untuk mempelajarinya. Kegagalan pesakit untuk mengelak daripada sikap denying / penafian terhadap penyakit, tiada keinginan untuk mengetahui, mengelak untuk terima rawatan baru dan percaya bahawa dirinya adalah sihat, merupakan golongan yang mudah mengalami kegagalan dalam konteks penyakit kronik.

Coping mechanism yang baik bergantung kepada sifat individu itu sendiri, pengalaman lampau dan juga pembelajaran yang dilalui. Atas kesedaran individu tersebut bagi menangani stres yang dihadapi. Walaupun penggunaan coping mechanism ini baik, sekiranya tidak terkawal akan memudaratkan atau menyebabkan kesan-kesan negetif, contoh coping mechanism adalah:-

Penafian / denial

  • Individu / pesakit mungkin menafikan dengan cara mengelak daripada menjalani rawatan.
  • Sikap penafian bukan saja memberi kesan pada dirinya tetapi juga pada jadual rawatan.
  • Penafian positif seperti beranggapan bahawa semua akan menjadi lebih baik sekiranya dia terus menjalani rawatan tersebut.
  • Penafian negetif, menganggap dirinya sihat sentiasa dan merasakan dirinya tiada masalah kesihatan.

Pelencongan perasaan / divert

  • Merupakan salah satu coping mechanism yang baik kepada pesakit renal, perasaan marah atau kecewa ditukarkan kepada mengikuti segala arahan rawatan.
  • Kesan negetif pelencongan perasaan, kehilangan kawalan perasaan akan menyebabkan pesakit berputus asa dengan cepat.
  • Bertindak memberontak terhadap diri sendiri, kepercayaan kepada rawatan hilang.

Peranan Keluarga

Keluarga merupakan penghubung utama pesakit dengan rawatan yang diterima. Komitment yang tinggi dikalangan keluarga pesakit akan menetukan penanda aras sejauh mana pesakit tersebut dapat bertahan dengan penyakitnya. Peranan keluarga tidak hanya menyediakan ruang rawatan tetapi juga keperluan pesakit, penjagaan dan keperluan kewangan.

Apa yang lebih penting, keluarga juga berperanan sebagai terapis emosi yang paling berkesan kepada pesakit tersebut. Perhatian yang lebih terhadap pesakit mungkin akan menimbulkan stress di kalangan keluarga pesakit, hubungan tegang di kalangan keluarga disebabkan perhatian yang lebih kepada pesakit sama ada dari segi penjagaan fizikal, emosi dan kewangan. Boleh berlaku ketidakpuasan perasaan ahli keluarga yang lain.

Pendidikan Pesakit dan Keluarga

Walaupun rawatan, sokongan perubatan, penjagaan merupakan faktor utama dalam memastikan rawatan secara maksimun terhadap pesakit, tetapi peranan pesakit itu sendiri tidak dapat dinafikan sebagai salah satu penyumbang kepada keberkesanan rawatan yang diberikan. Tanpa komitment yang tinggi dari semua sudut yang ada pada diri pesakit, tidak mungkin pesakit tersebut dapat melaksanakan segala jadual dan arahan rawatan yang diberikan.

Sejauhmana tumpuan keluarga terhadap rawatan pesakit dan kebergantungan pesakit terhadap keluarganya mungkin akan mewujudkan gangguan emosi dikalangan ahli keluarga seterusanya mewujudkan perasaan kemarahan, kekecewaan dan putus asa. Adalah penting bahawa segala kekeliruan dikalangan keluarga terhadap peranan penjagaan pesakit haruslah dikenalpasti dan tidak timbul soal kekeliruan siapa yang harus bertanggungjawab penjagaan pesakit tersebut.

Peranan Masyarakat Terhadap Penyakit Kronik

Setiap pesakit mempunyai pandangan sendiri terhadap penyakitnya dan sejauhmana pandangan tersebut adalah bergantaung samada ianya sebagai liabiliti atau faktor dorongan pesakit untuk meneruskan aktiviti harian seperti sebelum ini. Oleh itu, setiap individu yang mempunyai kontak langsung dengan pesakit atau sebagai perawat haruslah memahami setiap limitasi pesakit dan membantu bagaimana pesakit dapat mengadaptasi segala rawatan yang diberikan atau melibatkan pesakit dalam aktiviti sosial kemasyarakatan.

Kesimpulan

Faktor psikososial terhadap pesakit yang berhadapan dengan penyakit kronik harus seiring dengan rawatan harian pesakit, tanpa sokongan sosial dan emosi daripada masyarakat sekelilingnya akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap penyakit yang dialami. Kesakitan terhadapat penyakit semakin dirasai kerana tumpuan perasaan pesakit lebih tertumpu penyakitnya dan seterusnya menyumbang kepada kegagalan pesakit bagi berhadapan dengan penyakit kronik yang dialami.

Rujukan

  1. Kotter, J.P. (1990). A force for change; How leadership differs from management. Free Press. New York.
  2. Rees, D.W. (1990). The skills of management. 2nd. Ed. Routledge. New York.
  3. Yuki, G. (1995). Leadership in Organization. Englewood Cliff. NJ. Prentice Hall.

 

Semakan Akhir : 10 Jun 2015
Penulis : Edmund R.Tsen
Akreditor : Tn Hj Hairol Kamal bin Ab Rahman

Related Article

Victims Of Rape And Sodomy

Cases of rape or sodomy have becoming common now, though law enforcement has been implemented. People need to have the knowledge to react whenever they face any incidents as mentioned.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,502,254

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia