A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Cara Untuk Bangun Selepas...

Cara Untuk Bangun Selepas Jatuh

Download:

Transkipsi
V.O
Apabila usia sudah meningkat 65 tahun ke atas keseimbangan badan kita semakin lemah terutama kepada pesakit yang mengalami gejal-gejala seperti

  • penyakit Parkinson atau strok
  •  penyakit sendi
  • mata yang kabur .
  • Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan badan seseorang menjadi lemah, pening dan kurang seimbang.

Keadaan rumah yang berselerak dengan objek-objek kecil samada di tangga atau di ruang tamu juga boleh mengakibatkan kaki tergelincir semasa memijaknya dan terjatuh.
Sekiranya anda  terjatuh jangan cepat panik. Anda perlu berada di dalam keadaan tenang dan periksa dulu sekiranya ada bahagian badan yang tercedera sebelum anda bangun semula.
Jangan biarkan anda berada di dalam keadaan anda terjatuh tadi terlalu lama kerana  badan anda akan mula merasa sejuk dan sakit akibat tercedera. Pusingkan badan anda ke kiri atau ke kanan dan gerakkan kaki atau tangan anda sekiranya anda berupa melakukannya.
Sekiranya anda tidak dapat bangun sendiri, dapatkan bantuan dengan menifon talian kecemasan sekiranya telefon berdekatan dengan anda dan dapat di capai.
Sekiranya telifon tidak dapat di capai anda boleh membuat bising seperti  mengetuk dinding atau lantai sehingga bantuan tiba.
Sekiranya anda terjatuh di sekitar yang basah cuba beralih ke tempat yang kering .
Sekiranya anda boleh bangun anda gunakan beberapa kaedah seperti berikut:

  • Cuba merangkak kearah kerusi  yang stabil atau katil yang berdekatan.
  • Letakkan tangan anda di atas kerusi atau katil dan angkat sebelah kaki yang kuat  anda dengan kedudukan lutut berada di hadapan perut anda.
  • Gunakan kedua-dua belah tangan anda dan kaki yang kuat tadi untuk mneyokong anda untuk bangun. Bangun dan pastikan kedua-dua belah kaki anda sudah berada di dalam keadaan yang stabil.
  • Pusing badan anda dan duduk di atas kerusi atau katil tadi. Rehatkan diri anda seketika sebelum anda bangun kembali.

Pastikan anda memberitahu penjaga atau doktor mengenai kejadian anda terjatuh tadi.
Demi menjaga keselamatan anda di rumah passtikan rumah anda sentiasa kemas dan bersih.

 

C
Cara Mandikan Bayi
Cara Memastikan Ketulenan Label Hologram Meditag
Cara Mengawal Stres
Cara Menjaga Kebersihan Mulut Bagi Pemakai Pendakap
Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul
Childproof Container

 

Related Article

Client’s Charter

CUSTOMER CHARTER Providing online services without interference with the downtime

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,508,338

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia