A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Chikungunya

Pengenalan

Demam Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala

Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi.

Rawatan

Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera

Pencegahan

Tip-tip semasa mengembara/bersiar

“Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan.

Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

  • Guna sapuan nyah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Muhaini Othman

Related Article

Haemodialysis

What is the prevalence of ESRF patients on haemodialysis in

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 228,050,964

LAST UPDATE :
2024-07-25 16:00:38
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia