A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Sa’adah bt. Atan

Dr. Sa’adah bt. Atan

alt

Dr. Sa’adah bt. Atan merupakan Pakar Perunding Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka.

Beliau telah mendapat ijazah pertama dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997 beliau telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom di mana beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Lanjutan Pergigian Kanak-kanak dari Eastman Dental Institute, University College London, England selain mendapatkan Fellowship of Dental Surgery, Royal College of Surgeons, England.

Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai seorang Pakar Pergigian Pediatrik dan telah bertugas di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka. Tugas beliau sebagai Pakar Pergigian Pediatrik melibatkan rawatan kepakaran kanak-kanak bagi masalah-masalah yang melibatkan kawasan muka dan mulut (Oro -fasial) termasuk rawatan kepakaran bagi:

  • Kes trauma oral.
  • Kes pembedahan mulut.
  • Kes pesakit berkompromi perubatan
  • Kes perubatan dan patologi mulut.
  • Kes rawatan Advanced Dentistry
  • Kes Orofacial Anomalies.
  • Rawatan pergigian kanak-kanak keperluan khas.
  • Rawatan yang memerlukan bius umum.
  • Pembentukan berbagai aplians dan prostesis oral kanak-kanak.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian (1989-1997)
  2. Latihan Post-Graduate di University College of London (1998-2000)
  3. Pakar Klinikal Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Aminah Johor Baru, yang merupakan pusat rujukan zon selatan.(2001-2002)
  4. Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Pulau Pinang yang merupakan pusat rujukan zon utara (2003-2006)
  5. Pakar Perunding Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka (2007-sekarang))
  6. Latihan di Jabatan Oromaxillofacial Surgery di Prince Phillip and Queen Mary Hospital, University of Hong Kong (11 July-6 August 2009)

Beliau merupakan ahli pertubuhan profesional berikut:

  • Ahli Persatuan Pergigian Malaysia
  • Fellow di Royal College of Surgeons, England
  • Sekretari kehormat bagi Persatuan Pergigian Pediatrik Malaysia

Semakan Akhir : 26 Ogos 2011

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,524,362

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia