A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Gegendang Telinga Pecah

Gegendang Telinga Pecah

Pengenalan

Ia adalah keadaan di mana gegendang telinga bocor atau koyak. Gegendang telinga memisahkan telinga luar dari telinga tengah (yang mempunyai struktur penting). Fungsi gegendang juga melindungi telinga tengah daripada cuaca sejuk, angin, tahi telinga dan pelbagai lagi.

Gegendang telinga menyerap bunyi dan memindahkan bunyi tersebut kepada tulang-tulang kecil di telinga tengah . Kebocoran gegendang akan mendedahkan telinga tengah serta telinga dalam kepada risiko kerosakan atau trauma. Kebocoran gegendang juga boleh menyebabkan risiko kurang pendengaran.

Punca-punca Gegendang Telinga Bocor

Punca utama kebocoran gegendang ialah jangkitan telinga tengah (otitis media), trauma dan perubahan tekanan yang mengejut adalah antara punca-punca lain yang dikenalpasti ialah:

  • Menggunakan alat tajam untuk mencuci telinga
  • Tekanan tinggi
  • Perubahan mengejut tekanan udara semasa penerbangan, berenang, menyelam atau duduk berhampiran dengan bunyi letupan.

Tanda dan Gejala

  • Dalam kebanyakan kes , tiada gejala-gejala yang ketara
  • Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan telinga tengah, pesakit selalu mengadu tentang sakit yang tajam secara tiba-tiba ( ini disebabkan oleh pengumpulan nanah di telinga tengah ).
  • Sakit akan hilang apabila nanah keluar daripada telinga tengah
  • Kebocoran disebabkan oleh trauma selalunya menyebabkan rasa tidak selesa serta sedikit pendarahan mungkin berlaku
  • Bunyi berdesing di dalam telinga (tinnitus)
  • Kurang pendengaran
  • Telinga berair/bernanah

Gambar menunjukkan gegendang telinga yang pecah

Pemeriksaan otoskopi oleh doktor selalunya menunjukkan:

  • Gegendang telinga yang bocor
  • Tulang-tulang telinga tengah dapat dilihat
  • Nanah di dalam telinga

Kompikasi

  • Risiko hilang pendengaran yang kekal
  • Jangkitan telinga tengah

Rawatan

  • Gegendang telinga yang bocor selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 2 bulan. Rawatan biasanya untuk mengurangkan sakit dan mencegah jangkitan. Antibiotik boleh digunakan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan.
  • Pembedahan mungkin diperlukan sekiranya gegendang tidak sembuh secara semulajadi.

Pencegahan

  • Pastikan telinga sentiasa kering dan bersih
  • Tutup lubang telinga dengan kapas atau vaselin semasa mandi untuk mengelakkan telinga daripada dimasuki air
  • Gunakan penutup telinga silikon semasa pergi berenang (elakkan dari berenang)
  • Jangan masukkan objek ke dalam telinga
  • Jangkitan telinga harus diberi rawatan segera
  • Masalah hidung perlu diberi perhatian dan rawatan yang sewajarnya bersama sama dengan rawatan telinga
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Dipak a/lBanarsi Dass
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Related Article

Chikungunya

Pengenalan Demam Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui

Post-Lingual Hearing Loss

Post-Lingual Hearing Loss is a deafness which develops after the acquisition of speech and language. It can occur gradually or with sudden onset hearing loss.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,560,739

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia