A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/goiter/goiter.flv[/flv]

Download:

 

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Pengeluaran hormon T4 dan T3 ini dikawal oleh kelenjar pituitari yang terletak pada pangkal  otak. Kelenjar pituitari akan mengeluarkan Thyroid Stimulating Hormone (TSH) yang akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon T4 dan T3.

Goiter adalah pembengkakan luar biasa pada kelenjar tiroid. Ianya berlaku apabila terdapat ketidak seimbangan hormon dalam kelenjar tiroid.Dalam kes hypothyroidism, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih rendah daripada kadar yang biasa. Ia berlaku apabila terdapat masalah dengan kelenjar tiroid itu sendiri atau pun disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak menghasilkan TSH dengan secukupnya. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif dan melambatkan kadar metabolisma badan. Akibat daripada itu, anda mungkin akan berasa cepat penat serta berlakunya peningkatan berat badan yang mendadak.

Dalam kes hyperthyroidism pula, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada kadar yang biasa.

Antara sebab- sebab berlakunya masalah ini adalah penyakit Grave’s Disease, nodul tiroid dan radang kelenjar tiroid. Keadaan ini menyebabkan kelenjar tiroid terlebih aktif dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Antara tanda-tanda dan symptom masalah hyperthyroid adalah penurunan berat badan, jantung berdebar-debar, berpeluh secara berlebihan, menggeletar dan lemah otot terutamanya di bahagian tangan dan kaki.

G

 

Related Article

Psoriasis

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Psoriasis/Psoriasis.flv[/flv] Download:   Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal

Talasemia

  [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Talasemia/Talasemia.flv[/flv] Download:     Talasemia ialah penyakit genetik sel

Angioplasty

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/ANGIOPLSTY/ANGIOPLSTY.flv[/flv] Download:   Jantung merupakan otot yang mengepam darah ke

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,494,781

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia