A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Methylphenidate

Pengenalan

Methylphenidate ialah sejenis perangsang yang mengaktifkan atau meningkatkan aktiviti sistem saraf pusat. Ia membantu kanak-kanak yang menghidap masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) menjadi tenang dan boleh menumpukan perhatian. Kajian menunjukkan bahawa ketagihan kepada ubat perangsang sistem saraf pusat tidak akan berlaku jika individu yang menghidap ADHD mengambil ubat mengikut dos yang diarahkan oleh doktor.

Kesan Sampingan

  • Kemurungan, pening, mengantuk, sakit kepala, gangguan tidur.
  • Perubahan pada tekanan darah atau degupan jantung.
  • Kehilangan rambut, ruam.
  • Pertumbuhan terbantut.
  • Penglihatan kabur.
  • Kehilangan berat badan, loya, muntah.

Kesan Tak Diingini

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan tentang penyalahgunaan methylphenidate oleh sesetengah orang untuk mendapatkan kesan rangsangan yang dihasilkannya seperti mengurangkan selera makan, meningkatkan rasa sedar, meningkatkan daya tumpuan dan euphoria (kegembiraan yang melampau). Sesetengah penyalahgunaan yang dilakukan adalah dengan melarutkan tablet ke dalam air dan menyuntik larutan itu ke dalam badan. Ini menyebabkan kesan mudarat terhadap diri mereka sendiri kerana tablet yang tidak larut akan menyebabkan salur darah kecil tersumbat.

Rawatan

  • Makan ubat seperti yang diarahkan.
  • Jangan ubah dos atau berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
  • Ubat mungkin mengambil masa untuk memberi kesan.
  • Jangan hancurkan atau kunyah ubat tersebut.
  • Tablet dan ubat tablet pelepasan terkawal (sustained release) harus diambil 30-45 minit sebelum makan.
  • Sesetengah ubat mungkin diambil dengan cara yang berbeza. Sila baca arahan dengan betul.
  • Minum air secukupnya kecuali jika anda diarahkan sebaliknya.
  • Anda mungkin mengalami pengurangan selera makan atau penurunan berat badan. Ambil makanan di dalam kuantiti yang sedikit dengan lebih kerap. Ini boleh membantu memastikan keperluan zat makanan yang cukup di dalam badan.
  • Ubat ini mungkin menyebabkan pening atau rasa gelisah, terutama pada peringkat awal rawatan. Elakkan memandu atau melakukan tugas yang memerlukan tumpuan semasa mengambil ubat ini.

Langkah Berjaga-jaga

  • Tekanan darah boleh meningkat
    • Pantau tekanan darah.
  • Jika ada sejarah menghidap epilepsi (sawan)
    • Maklumkan pada doktor jika sawan berlaku.
  • Rawatan yang berpanjangan tanpa pemantauan akan menyebabkan tumbesaran terbantut.
    • Tinggi dan berat badan perlu dipantau
  • Elakkan daripada memberhentikan ubat secara mendadak.

Maklumat Tambahan

Maklumkan pada doktor jika kesan ubat mula berkurangan pada sebelah malam.

Maklumkan pada doktor jika anda mempunyai masalah perubatan seperti darah tinggi, glaukoma atau hipertiroid.

Ubat ini tidak disarankan untuk wanita mengandung atau wanita yang menyusukan anak.

Ubat ini tidak disarankan kepada pesakit yang mempunyai sejarah penyalahgunaan ubat/dadah atau alkohol.

Kaedah Penyimpanan

Kaedah penyimpanan perlu diberi perhatian serius memandangkan ubat ini selalu disalahgunakan.

Jangan campurkan ubat ini dengan ubat lain.

Simpan ubat di tempat yang sejuk dan kering, serta jauhkan daripada kanak-kanak.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Yam Chiew Fong
Penyemak : Rabi’ah bt. Mamat

 

Related Article

Antidiabetic Medicines and Pregnancy

Insulin, is a type of natural hormone in the body that helps to regulate sugar level in the blood. Approximately 7% of women who are pregnant may develop a condition known as gestational diabetes mellitus (GDM) during their pregnancies. In these pregnant women who are having GDM, the placenta produces hormones that can impair the action of insulin.

Aspirin

What is Aspirin? Aspirin or its active ingredient name Acetyl

Radioiodine

Drug facts The drug radioiodine is the radioactive form of

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 224,427,197

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia