A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Peritoneal Dialisis

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Peritoneal_dialisis/Peritoneal_dialisis.flv[/flv]

Download:

 

Apa itu peritoneal dialisis

Peritoneal Dialisis adalah salah satu kaedah dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum di abdomen.. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dikeluarkan dari badan secara berkala.

Di dalam ‘Continuous ambulatory peritoneal dialisis’ (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff (satu tiub khas yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil )untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialisis yang baru. Bagi mendapatkan dialisis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialisis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan cecair dialisis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialisis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.

Apakah faktor yang mempengaruhi pilihan rawatan CAPD

Ini meliputi faktor psikososial dan faktor perubatan

Faktor psikososial termasuk:

  • Motivasi dan pilihan pesakit sendiri
  • Pesakit yang mementingkan imej badan (orang muda)
  • Jenis pekerjaan
  • Ekonomi
  • Keadaan tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja
  • Sokongan keluarga
  • Jarak ke pusat dialisis yang berhampiran

Faktor perubatan termasuk :

  • Umur
  • Keadaan mental, jantung dan anggota badan
  • Masalah penglihatan
  • Penyakit paru-paru yang serius
  • Sejarah pembedahan abdomen yang major
  • Masalah vaskular

Apakah kontraindikasi CAPD

  • Kesan parut pembedahan terdahulu yang teruk pada rongga peritoneum atau penyakit radang usus.
  • Kurang penglihatan mungkin memerlukan pembantu.
  • Mempunyai kolostomi, ileal conduit, ileostomi dan lain-lain.
  • Psikologi pesakit tidak stabil.
  • Penyakit kesumbatan saluran pernafasan kronik.
  • Kegemukan.
  • Penyakit ‘diverticular’ kolon yang serius.

Apakah komplikasi Peritonial Dialisis ?

Komplikasi utama adalah disebabkan jangkitan kuman samada bahagian luar, infeksi tunel atau radang peritoneum
Lain-lain komplikasi :

  • Masalah teknikal – hernia, kebocoran, kesumbatan cecair masuk dan keluar.
P

 

Related Article

Migrain (Sakit Kepala)

  [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/remaja/Migrain/Migrain.flv[/flv] Download:     Migrain  adalah salah satu penyebab

Pap Smear

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/pap_smear/pap_smear.flv[/flv] Download:   Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan

Mamogram

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/mamogram/mamogram.flv[/flv] Download:   Mamogram merupakan cara terbaik mengesan kanser payu

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,710,422

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia