A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pengenalan

  • Prostat ialah kelenjar kecil dan bulat di dalam sistem reproduktif lelaki yang terletak di pangkal pundi kencing di hadapan usus besar.
  • Fungsi utamanya ialah mengeluarkan air mani yang membantu pergerakan sperma daripada buah zakar keluar melalui pancutan daripada saluran uret ra dan zakar.
  • Kelenjar prostat biasanya membesar selaras dengan kematangan lelaki. Pembesaran ini dikenali sebagai ketumbuhan prostatik hiperplasia atau “Benign Prostatic Hyperplasia” dan ini boleh mendatangkan masalah dengan peningkatan usia.
  • Pada usia 80 tahun ke atas, 50% prostat itu terdiri daripada pembesaran nodular benign, kronik prostatitis atau perubahan premalignant. Walau bagaimanapun, prostatik hiperplasia bukan kanser.
  • Kanser prostat, satu keadaan yang lebih kerap dialami oleh orang yang berusia, bukanlah sebahagian daripada proses penuan yang normal. Oleh itu, ia tidak akan dibincang di sini.

Gejala dan Tanda

  • Sebahagian besar daripada pembesaran kelenjar prostat tidak menimbulkan sebarang gejala atau tanda.
  • Pesakit juga mungkin menghadapi masalah sentiasa hendak kencing dan kerap buang air kecil tetapi gejala ini lazimnya hanya timbul selepas kelenjar prostat membesar sehingga menekan dan menyekat saluran air kencing.
  • Pemeriksaan tempat buang air besar oleh doktor adalah sangat penting dalam pemeriksaan kelenjar prostat.

Komplikasi

  • Tanda-tanda yang lazim ialah perubahan ketara ketika membuang air kencing. Kesukarannya wujud akibat saluran air kencing yang tersekat dan pundi kencing yang tidak berfungsi sebetulnya.
  • Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti:
    • peningkatan risiko jangkitan saluran air kencing,
    • kerosakan pundi kencing dan buah pinggang,
    • batu karang atau masalah pembuangan air kencing.

Rawatan

  • Ketumbuhan Prostatik Hiperplasia biasanya tidak bermasalah pada usia muda, namun pengetahuan awal mengenai gejala dan rawatannya diperlukan supaya rawatan awal boleh diberikan.
  • Rawatan Prostatik Hiperplasia yang sesuai hanya boleh disyorkan oleh doktor pakar bergantung kepada tanda-tanda serta tahap dan saiz pembengkakkan kelenjar.
Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ungku Ahmad Ameen bin Ungku Mohd Zam

 

Related Article

Prostate

Most prostate enlargement does not give rise to any symptom. Patients may have symptoms with increased frequency of passing urine, urgency and sometimes the inability to control urine. It occurs when the prostate becomes enlarge and blocks the passage of urine.

Kidney (Renal)

Older people have increased frequency or passing urine at night (nocturia) due to the inability of the aged kidney to concentrate urine and to handle extra water effectively. Excessive or rapid fall in function is not part of normal aging process but due to complication of chronic illness like hypertension, diabetes mellitus or other diseases in earlier life.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,698,226

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia