A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Shisha (Paip Air)

Pengenalan

Memperkatakan tentang shisha, anda akan terbayang  sekumpulan rakan-rakan  yang berkumpul dan dengan gembiranya menghisap shisha di restoran atau kafe. Ia adalah trend masa kini terutamanya dalam kalangan orang muda. Kebanyakan anak-anak muda merasakan menghisap shisha adalah sesuatu perbuatan yang menarik, glamor, bergaya dan menyeronokkan.

 

Apakah Shisha?

 

 

Menghisap Shisha merujuk kepada menghisap tembakau yang berperisa menggunakan peralatan paip air. Ia adalah satu kaedah tradisional untuk menghisap tembakau dan merupakan satu tradisi simbolik dalam kalangan budaya tertentu.

Ia diberi nama shisha (paip air) bagi melambangkan  ciri alat tersebut; iaitu  asap dilalukan ke air sebelum ianya disedut. Shisha terdapat dalam berbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama bergantung kepada negara dan budaya.  Antaranya nama lain shisha adalah Hookah, Huqqa, Arghile, Narghile, Hubble Bubble, Goza, dan Boori.

Shisha datang dalam bentuk dan saiz, dan warna yang berbeza-beza. Struktur asas shisha terdiri daripada mangkuk, badan, hos, dan gromet. Terdapat pelbagai  jenis tembakau shisha. Tembakau direndam dalam pekatan buah-buahan seperti anggur, strawberi, epal atau madu. Tembakau jenis manis dan berperisa dipanggil moassel. Tembakau yang dinyalakan akan mengeluarkan aroma buah atau sirap yang dibakar. Ia popular dalam kalangan belia.

Tembakau moasselis diletakkan dalam mangkuk yang ditutup dengan kerajang aluminium yang mempunyai lubang-lubang kecil. Seketul arang panas diletakkan atas kerajang aluminium tersebut untuk memanaskan tembakau. Asap yang terhasil akan disalurkan ke air (yang bertindak sebagai sebagai penapis). Akhirnya, gabungan wap air dan asap akan disedut melalui hos.

Mangkuk: bekas seramik yang menempatkan tembakau semasa  terbakar. Ia mempunyai lubang di bahagian bawah untuk udara / asap melaluinya.

Plat /Dulang: Tempat untuk meletak arang panas bagi menampung abu yang jatuh.

Hos: Tiub yang boleh dibengkokkan untuk menyalurkan asap dari bawah kepada penghisap shisha.

Jar / Balang: Menampung air pada satu tahap bagi membolehkan akses ke  batang paip dan ke seluruh bahagian alat tersebut.

Badan / Gasket: Bahagian yang paling kompleks. Merupakan logam statik yang menguruskan campuran sedutan udara/asap.

 

Adakah shisha cara moden menghisap tembakau?

Menghisap shisha telah diamalkan sejak lebih 300 tahun yang lalu. Sesetengah mengatakan ia berasal dari Turkey dan sesetengah pula mengatakan ia berasal dari Syria atau India. Ia diperkenalkan sebagai kaedah lain untuk merokok setelah tembakau diperkenalkan. Di India, shisha merupakan simbol status bagi golongan orang kaya dan bangsawan kerana ianya popular dalam golongan tersebut. Dalam kalangan bangsa Arab, menghisap shisha adalah sebahagian daripada budaya dan tradisi mereka.

 

Adakah menghisap shisha selamat berbanding menghisap rokok?

Bahaya menghisap shisha adalah sama dengan bahaya menghisap rokok. Produk tembakau samada dalam bentuk shisha atau rokok serta apa jua bentuk yang lain mengandungi nikotin. Nikotin menyebabkan ketagihan. Pada setiap sesi menghisap shisha, anda menelan 100 hingga 200 kali ganda lebih asap dan sehingga 1.7 kali ganda nikotin berbanding menghisap sebatang rokok. Air yang dianggap sebagai penapis tidak dapat menapis semua bahan kimia penyebab kanser.

 

Kesan buruk menghisap shisha termasuklah:

  • Ketagihan menghisap shisha
  • Nikotin tiba ke otak dalam masa kira-kira 10 saat selepas sedutan. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku walaupun selepas beberapa sesi shisha. Gejala gian kerana berhenti menghisap shisha termasuklah rasa resah, letih, sakit kepala, berdenyut-denyut dan murung. 
  • Tembakau mengandungi nikotin dan nikotin menyebabkan ketagihan. Satu sesi  menghisap shisha mengambil masa kira-kira 60 minit, dan ini bersamaan dengan jumlah nikotin yang terdapat dalam satu kotak rokok. Nikotin tidak larut air. Oleh itu,  air tidak mengurangkan jumlah nikotin yang disedut.
  • Keracunan karbon monoksida
  • Pembakaran arang menghasilkan karbon monoksida serta logam berat lain yang karsinogenik.
  • Kanser paru-paru dan kanser mulut
  • Penyakit berjangkit seperti tuberkulosis dan hepatitis, herpes, aspergillus dan jangkitan Helikobakter.
  • Perkongsian paip penyedut shisha mempunyai risiko menyebarkan penyakit-penyakit ini.
  • Aspergillus menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk
  • Helikobakter menyebabkan ulser perut.
  • Penyakit kronik seperti penyakit  pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan penyakit jantung.

 

alt

  • Wanita hamil yang merokok berisiko melahirkan bayi kurang berat badan.
  • Berbahaya kepada perokok pasif.
  • Individu yang berdekatan yang tidak menghisap tetapi tersedut asap shisha dipanggil perokok pasif. Mereka mempunyai risiko yang sama seperti penghisap shisha.

 

Apa yang boleh saya lakukan?

Anda mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru. Namun, usah biarkan rasa ingin tahu tersebut membahayakan diri anda. Dapatkan maklumat yang betul tentang perkara baru yang ingin anda terokai. Dapatkan maklumat dengan melayari internet atau nasihat daripada guru, ibubapa atau klinik kesihatan berdekatan.

Anda telah mula merokok? Belum terlambat untuk berhenti merokok. Risiko kesan buruk akibat merokok akan berkurangan selepas setiap tahun anda berhenti merokok. Jika anda tidak boleh melakukannya sendirian, dapatkan bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan. Mereka boleh membantu anda berhenti merokok.

 

Semakan akhir : 17 April 2014
Penulis : Dr. Salmah bt. Nordin
Penyemak : Dr. Zarihah bte. Zain

 

Related Article

Drug Mule

What is a drug mule? A “drug mule” is a

Passive Smoking

Introduction Draw a cartoon or animation to describe passive smoking.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 228,049,738

LAST UPDATE :
2024-07-25 16:00:38
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia