A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Talasemia/Talasemia.flv[/flv]

Download:

 

 

  1. Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan anak lelaki dan perempuan.
  2. Terdapat dua jenis talasemia, iaitu pembawa gen talasemia dan pesakit talasemia.
  3. Pembawa gen talasemia tidak menujukkan sebarang tanda atau masalah kesihatan. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anaknya.
  4. Semasa lahir, pesakit talasemia biasanya kelihatan normal.  Dan apabila berusia 3 hingga 18 bulan, bayi akan mula menunjukkan tanda anemia dan akan menjadi semakin serius. Apabila mula membesar, bayi akan mula menunjukkan tanda seperti pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah, juga mengalami anemia serius yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  5. Tanpa rawatan sempurna, pesakit akan mengalami tanda dan gejala seperti perut membesar kerana pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran yang terbantut, perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal juga jaundis.
  6. Pesakit talasemia memerlukan rawatan seperti :
    – Pemindahan darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
    – Pemindahan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin seterusnya mampu merosakkan fungsi organ tersebut.
    – Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan 5 kali seminggu.
    – Pemindahan sum sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
  7. Jika anda mempunyai sejarah keluarga talasemia, seorang remaja dan belum berkahwin, jalanilah ujian talasemia segera.
  8. Jalanilah ujian talasemia bagi masa depan anak anda.
T
 

 

Related Article

Anemia

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/Anemia/Anemia.flv[/flv] Download:   Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang

Implan Silikon

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/implan silikon/implan silikon.flv[/flv] Download:   SILIKON Silikon ialah kumpulan kompaun

Interproximal Reduction

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 228,051,178

LAST UPDATE :
2024-07-25 16:00:38
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia