A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Uncategorized
  4. /
  5. Tonton TV tingkat diabetes

Tonton TV tingkat diabetes

Berita Harian

Khamis, 16/06/2011

Tonton TV tingkat diabetes

Laporan dapati kanak-kanak obes mudah kena darah tinggi.

NEW YORK: Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di hadapan televisyen lebih berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung, walaupun menonton hanya dua jam sehari, menurut satu kajian.

Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata kira-kira lima jam menonton televisyen, manakala penduduk Australia dan Eropah antara 3.5 jam hingga 4 jam sehari, kata penyelidik yang diketuai Frank Hu, di Sekolah Perubatan Harvard.

"Mesejnya mudah. Mengurangkan masa menonton TV adalah satu langkah penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung," kata Hu.
Mereka yang duduk di hadapan televisyen kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat, katanya.

"Kombinasi gaya hidup duduk, diet tidak sihat dan kegemukan mencetuskan ‘satu pembiakan sempurna bagi diabetes jenis kedua dan penyakit jantung."

Ini bukan kajian pertama dikaitkan dengan masa menonton televisyen yang mempunyai kesan penyakit. Kebanyakan kajian mendapati kaitan yang kuat kepada obesiti dan satu laporan pada 2007 mendapati lebih banyak masa televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak obes.

Dalam kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association, Hu dan rakannya meneliti lapan kajian untuk melihat kaitan antara masa menonton televisyen dan penyakit, yang secara keseluruhan meliputi lebih 200,000 penduduk untuk tempoh purata 7 hingga 10 tahun.

Hu dan rakannya mendapati bagi setiap dua jam sehari masa menonton televisyen, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20 peratus, manakala penyakit jantung meningkat 15 peratus.

Setiap dua jam sehari masa menonton televisyen meningkatkan risiko mati sebanyak 13 peratus. Berdasarkan keputusan itu, Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton televisyen sebanyak dua jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatang, setiap tahun.

– Reuters

 

  {module berita:news}

 

Related Article

S

Senggugut Sinusitisis Skoliosis

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,443,815

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia