Pengenalan
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang pertama di Malaysia telah dimulakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja Mrs. Babra T. di Pusat Kusta, Sungai Buloh pada tahun 1957. Profession Pemulihan Carakerja telah berkembang dan diperluasmengikut peredaran bidang perubatan.
Pada mulanya, perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini boleh didapati di hospital-hospital besar, kemudian perkhidmatan ini telah berkembang ke hospital daerah, klinik-klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan agensi-agensi swasta yang lain. Pada tahun 2013, jumlah Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja juga telah meningkat dalam anggaran 1200 orang seiring dengan keperluan pemulihan dalam bidang perubatan.
Definisi Pemulihan Carakerja
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian. Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
-
Penilaian aktiviti seharian
-
Penilaian fizikal
-
Penilaian sensori
-
Penilaian kognitif & perceptual
-
Penilaian pra-sekolah
-
Penilaian kerusi roda
-
Penilaian pra memandu
-
Penilaian kerja / vokasional
-
Penilaian tempat kerja / rumah / sekolah
-
Penilaian perkembangan kanak-kanak
-
Penilaian tingkah laku
-
Latihan dalam aktiviti seharian
-
Splin & ortosis, peralatan serta pengubahsuaian
-
Terapi tingkah laku
-
Latihan kognitif & persepsi
-
Terapi pakaian tekanan
-
Terapi kreativiti
-
Latihan kemahiran sosial
-
Latihan kerusi roda
-
Pendidikan pesakit dan penjaga
-
Terapi permainan dan riadah
-
Relaksasi
-
Latihan sensorimotor
-
Latihan motor
Lokasi Perkhidmatan
-
Hospital-hospital kerajaan
-
Klinik Kesihatan
-
Jabatan kebajikan Masyarakat
-
Sekolah Pendidikan Khas
-
PERKESO
-
Pusat Dalam Komuniti
-
Badan Bukan Kerajaan – Hospital swasta, klinik-klinik rehabilitasi dan lain-lain.
-
Industri
Kumpulan yang Mendapatkan Faedah daripada Perkhidmatan
Ortopedik- kecederaan tendon, kepatahan tulang, kecederaan saraf, kecederaan tulang belakang. | |
Medikal – amputasi, kencing manis, keradangan sendi (arthritis), penyakit jantung, gout dan lain-lain. | |
Neurologi- strok, parkinson, kecederaan kepala, multiple sclerosis dan lain-lain. | |
Kelecuran | |
Pembedahan Plastik | |
Psikiatri – masalah kesihatan mental (contoh skizoprenia, bipolar mood disorder, depresi, panik dan sebagainya) | |
Warga Emas | |
Kanak-kanak- Down syndrom, Cerebral Palsy,masalah pembelajaran, autisma, hiperaktif, Congenital Talipes Varus (CTEV) dan lain-lain. |
Prosedur Rujukan
Rujukan boleh dibuat oleh Pegawai Perubatan yang berdaftar.
Rujukan
-
Department of Occupational Therapy (2010, February 4). Hospital Kuala Lumpur. Retrieved June 20, 2013 from http://www.hkl.gov.my
-
History.(2010).Malaysian Occupational Therapy Association .Retrieved June 20 , 2013 from http://www.occupational-therapy.org.my/index.htm
-
Occupational Therapy.(2013,June 7).Wikipedia Foundation Inc. Retrieved June 20 , 2013 from http://en.wikipedia.org/wiki/Occupational_therapy
-
Gambar: dikodkan dari Yahoo! Malaysia image
Semakan akhir | : | 27 Januari 2014 |
Penulis | : | Jamilah bt Abdul Kuthoos |