A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

Pengenalan

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (prickly heat atau miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal. Kepanasan yang melampau menyebabkan rasa mencucuk dan menyengat. Ruam panas ini berlaku dalam keadaan panas dan lembap lebih-lebih lagi jika memakai pakaian yang tebal. Biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam inkubator dan pesakit yang terlantar di atas katil dalam jangka masa yang panjang juga boleh mendapat ruam panas.

Jenis-Jenis Ruam Panas

1.  Jernih (miliaria kristalina)
2.  Putih/kuning (miliaria pustulosa)
3.  Merah (miliaria rubra)
4.  Dalam (miliaria profunda)

Individu Berisiko

1.  Bayi
2.  Kanak-kanak berumur bawah 4 tahun
3.  Atlet atau individu bekerja di bawah sinaran matahari terik
4.  Obesiti
5.  Pesakit yang sukar bergerak (bed ridden)

Tanda/Gejala

Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari. Antara tanda-tanda dan gejala yang biasa ialah :

  • Kulit menjadi merah
  • Gatal – kadang-kadang terasa amat mencucuk
  • Tompok merah kecil yang kelihatan seperti lecuran kecil. Kebanyakannya berlaku pada seluruh badan. Kerap berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian.

Lokaliti

Kebiasaannya berlaku di muka, leher, belakang abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung

Komplikasi

Tiada komplikasi  khusus, biasanya ruam panas akan pulih tanpa rawatan. Walau bagaimanapun ruam panas yang berpanjangan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada jangkitan bakteria, ekzema atau jangkitan kulat.

Rawatan

  • Kebanyakan kes ruam panas pulih dengan sendiri, tetapi boleh disapukan dengan calamine lotion (kecuali kawasan berhampiran mata) kepada bayi yang kurang selesa dan menangis apabila kulitnya disentuh.
  • Cuci kawasan ruam dengan sabun lembut dan bilas.
  • Rehat di kawasan yang sejuk (berbumbung dan biarkan kulit
  • bebas bernafas).
  • Mandi atau berendam dalam air sejuk.

Pencegahan

  • Pakai pakaian jenis kapas yang longgar
  • Elak menggunakan pakaian berasaskan fabrik nylon/polyester
  • Pastikan bayi dalam keadaan kering dan selesa.  Tukar lampin lebih kerap bila perlu
  • Pastikan lelehan air liur bayi tidak menyumbat folikel ruang roma
  • Pesakit bed ridden perlu digerakkan selalu bagi mengelak peluh yang berterusan di kawasan yang sama.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Yusof b. Ismail
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Digigit Anjing : Rawatan Awal

Air liur anjing boleh mengandungi kuman-kuman yang berbahaya seperti tetanus, rabies dan lain-lain lagi. Jika seseorang dijangkiti tetanus, ia boleh menyebabkan mengsa mengalami kekejangan otot dan boleh membawa maut. Begitu juga dengan rabies (penyakit anjing gila), jika tidak dirawat awal, risiko kematian adalah amat tinggi.

Terbakar dan Melecur

Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit
Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan
Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,367

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia