A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pneumothorax

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri. Ini akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut

Apa itu pneumothorax?

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri. Ini akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut.  

Apakah penyebab dan jenis-jenis pneumothorax?

  • Pneumothorax primer atau spontaneous pneumothorax berlaku secara spontan/tiba-tiba. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis (dipanggil subpleura blebs/bullae) pada paru-paru sejak lahir. Ia pecah secara tiba-tiba mungkin kerana terdapat perubahan tekanan yang berlebihan di antara atmosfera dan rongga dada.
  • Pneumothorax sekunder atau complicated pneumothorax berlaku disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti jangkitan paru-paru, kanser paru-paru, penyakit asma/chronic obstructive pulmonary disease (COPD) atau disebabkan oleh kecederaan/trauma fizikal pada dinding dada seperti keretakan/patah pada tulang rusuk atau kecederaan pada dinding dada akibat tikaman dan tembakan dan komplikasi dari bantuan pernafasan (ventilasi).

Apakah komplikasi pneumothorax?

Tension pneumothorax adalah komplikasi yang boleh membawa kematian dan memerlukan rawatan serta-merta. Mekanisme injap satu arah berlaku di mana udara boleh memasuki rongga dada dan paru-paru semasa menyedut nafas (inspirasi) tetapi udara tidak dapat keluar semasa menghembus nafas (ekspresi). Akibatnya tekanan pada rongga dada meningkat, paru-paru mengecut dan pengaliran darah tersekat.  

Apakah faktor risiko pneumothorax?

  • Kebanyakan pneumothorax disebabkan oleh subpleura blebs/bullae yang terbentuk di paru-paru.
  • Lelaki muda yang tinggi atau Sindrom Marfan’s.
  • Merokok. Perokok lelaki- risiko meningkat 22 kali ganda. Perokok wanita- risiko meningkat 8 kali ganda. Risiko juga bertambah mengikut banyaknya bilangan rokok- perokok tegar berisiko tinggi.
  • Jangkitan atau penyakit paru-paru seperti penyakit tuberculosis(tibi) paru-paru, sarkoidosis, cyctic fibrosis, kanser paru-paru dan pneumocystic carinii dalam pesakit AIDS.

Apakah tanda-tanda/gejala pneumothorax?

  • Pneumothorax spontan selalunya berlaku semasa rehat.
  • Sepertiga pesakit mengalami sakit dada dan sesak nafas.
  • Batuk
  • Jantung berdebar/ degupan laju
  • Kulit menjadi biru disebabkan kurang oksigen

Bagaimana pneumothorax dikesan/diagnos?

  • Pemeriksaan dada dengan stetoskop menunjukkan kurang kemasukan udara ke dalam paru-paru yang terlibat.
  • Pemeriksaan x-ray dada.

Bagaimana pneumothorax dirawat?

  • Pneumothorax yang kecil boleh baik dengan sendirinya dalam masa dua minggu.
  • Pneumothorax yang besar memerlukan tiub dada (chest tube) di masukkan di antara paru-paru dan dinding dada (ruang pleura) untuk mengeluarkan udara yang terperangkap serta memastikan paru-paru tidak terus mengecut.

Apakah kesan/prognosis pneumothorax?

Kesan pneumothorax bergantung kepada jenis dan keterukan pneumothorax. Pneumothorax yang kecil akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan. Pneumothorax sekunder berkaitan dengan penyakit paru-paru walaupun kecil, adalah serius dan boleh membawa kematian dan perlu rawatan segera. Pesakit yang pernah mengalami pneumothorax mempunyai risiko tinggi berulangnya pneumothorax. Kadar berulangnya pneumothorax adalah lebih kurang 40% dan mungkin berlaku dalam masa 1.5 hingga 2 tahun.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2021
Penulis : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail
Akreditor : Dr. Norzila bte. Zainudin
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Fibroadenosis

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul ketika diperiksa dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Sakit Dada

Apakah punca sakit dada di kalangan remaja sihat? Gangguan saluran penghadaman, masalah muskuloskeletal, pneumothorax spontan, hyperventilation (pernafasan yang laju).

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah ketulan licin yang abnormal pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai ‘tetikus payu dara’.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,794

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia