A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pemakanan Sihat Semasa Deepavali

Pengenalan

Perayaan Deepavali merupakan satu perayaan yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penganut beragama Hindu di seluruh dunia termasuk masyarakat Hindu di Malaysia.

Pelbagai juadah tradisional akan disediakan pada hari Deepavali seperti idli, thosai, idiyappam (putu mayam), paal appam, nasi briyani, kari dal, kari ayam dan kari kambing. Selain itu, pelbagai kuih (savoury) atau manisan juga disediakan seperti muruku, achu muruku (kuih ros), pakoda (ribbon muruku), omapodi, laddoo, jilebi, mysore pak, ghee urundai (bebola kacang dengan minyak sapi), katti urundai, kesari dan halwa.

Lazimnya, makanan yang disediakan semasa perayaan Deepavali adalah tinggi kandungan lemak dan gula. Ini kerana penyediaan makanan tradisi semasa perayaan Deepavali banyak menggunakan minyak masak (untuk menggoreng), minyak sapi dan gula. Contohnya, nasi beriani dimasak menggunakan minyak sapi manakala kuih-muih seperti ghee urundai  dan laddoo  menggunakan banyak gula dalam penyediaannya.

 

Amalan Pemakanan Sihat Semasa Perayaan Deepavali

  1. Makan 5 kumpulan makanan setiap hari.

    Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia mengikut fungsi dan kandungan nutrien. Setiap kumpulan makanan membekalkan nutrien yang berbeza. Oleh itu, untuk mencapai kesihatan yang optimum, kita disarankan mengambil makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan ini setiap hari dalam kuantiti yang disarankan.

  • Kumpulan 1 : Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

  • Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.

  • Kumpulan 4 : Susu dan produk tenusu.

  • Kumpulan 5 : Lemak, minyak, gula dan garam.
     

  1. Ambil 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur setiap hari.

    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penting dalam pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan kerana ia membekalkan :

  • Vitamin

  • Mineral

  • Antioksidan.

Saiz hidangan 1 sajian buah-buahan
Epal/ lai/ mangga/ ciku atau

Pisang berangan (bersaiz sederhana) atau

Pisang emas atau

Durian atau

Anggur atau

Jambu batu/ pir atau

Oren (bersaiz kecil atau sederhana) atau

Betik/ nenas/ tembikai atau

Prun (bersaiz kecil) atau

Kismis

1 biji

1 biji

2 biji

3 ulas

8 biji

½ biji

1 biji

1 potong

4 biji

1 sudu makan

 

Saiz 1 sajian sayur-sayuran

Sayuran berdaun hijau dengan batang (dimasak) atau

Sayuran berbuah (dimasak) atau

Ulam

½ cawan

½ cawan

1 cawan

 

  1. Hadkan kepada 5 gram atau 1 sudu teh gula sahaja dalam minuman, jika perlu.

  • Gula perlu diambil dalam jumlah yang sedikit kerana pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

  • Hadkan pengambilan gula / susu pekat manis kepada 5g atau 1 sudu teh sahaja dalam setiap minuman.
     

  1. Minum 6-8 gelas air setiap hari.

  • Utamakan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial buah-buahan.
     

  1. Makan dalam saiz hidangan yang kecil.

  • Ambil makanan dalam saiz hidangan yang kecil. Jika boleh, gunakan pinggan mangkuk yang bersaiz kecil untuk membantu menghadkan pengambilan makanan.
     

  1. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng seperti muruku dan makanan manis seperti laddoo, ghee urundai atau katti urundai.
     
  1. Elakkan tabiat meminum minuman beralkohol.

 

Panduan Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Perayaan Deepavali

  1. Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan tradisi dan gantikannya dengan minyak sayuran.

  2. Kurangkan kandungan gula dalam penyediaan manisan tradisi seperti kesari, adhirasam dan ghee urundai. Gunakan bahan pemanis semulajadi seperti kismis, ceri atau aprikot kering.

  3. Bagi makanan bergoreng seperti popadom dan vatthal, ia boleh dimasak tanpa minyak dalam ketuhar.

  4. Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.

  5. Sediakan daging kambing yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.

  6. Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.

  7. Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disedia untuk tetamu.

 

Kandungan Kalori Makanan Deepavali

Saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia bagi orang dewasa (18-59 tahun) yang sedentari sehari adalah 2000 kalori bagi lelaki dan 1500 kalori bagi wanita.

Berikut adalah kandungan kalori dalam makanan yang dihidangkan semasa Deepavali untuk dijadikan panduan bagi mengawal pengambilan makanan harian :

Hidangan Utama dan Sampingan

Bil. Makanan Saiz Sajian (Berat)

Kandungan Kalori
(kcal)

1 Nasi minyak 2 senduk (150 g) 270
2 Nasi beriani 2 senduk (150 g) 270
3 Nasi putih 2 senduk (150 g) 200
4 Nasi ponggal 2 senduk (150 g) 165
5 Poori 1 keping (40 g) 105
6 Idli 1 keping (75 g) 85
7 Thosai 1 keping (80 g) 120
8 Rava thosai 1 keping (80 g) 180
9 Ragi thosai 1 keping (45 g) 85
10 Rava upma 1 sudu makan (20 g) 25
11 Chapati 1 keping (50 g) 120
12 Idiappam (puttu mayam) 1 keping (50 g) 70
13 Puttu 1 potong (70 g) 145
14

Kari kambing
Kuah kari

2 ketul (80 g)
1 sudu makan (10 g)

135
20

15

Kari ayam
Kuah kari

1 ketul (120 g)
1 sudu makan (10 g)

290
20

16 Peratal ayam 1 ketul  (40 g) 70
17 Popadom 1 keping (5 g) 40
18 Sambhar 1 sudu makan (10 g) 10
19 Kari dhal 1 sudu makan (10 g) 25
20 Acar sayur-sayuran 1 sudu makan  (15 g) 10
21 Dalca sayur-sayuran 1 sudu makan (15 g) 15
22 Kari sayur-sayuran 1 sudu makan (15 g) 20
23 Salad buah-buahan 1 sudu makan (15 g) 15
24 Salad sayur-sayuran 1 sudu makan (15 g) 10
25 Kacang bendi goreng 1 sudu makan (15 g) 15
26 Sayur campur goreng 1 sudu makan (15 g) 15
27 Kobis goreng bersama lobak merah 1 sudu makan (15 g) 10
28 Kacang panjang goreng ala India 1 sudu makan (15 g) 20
29 Bitter gourd chips 3 keping (10 g) 10
30 Chutney kelapa 1 sudu makan (10 g) 15
31 Rasam 1 mangkuk kecil (50 g) 25

 

Kuih-muih

Bil. Makanan Saiz Sajian (Berat) Kandungan Kalori
(kcal)
1 Ulunthu vadai 1 ketul (40 g) 165
2 Masala vadai 1 keping (30 g) 100
3 Samosa sayur 1 ketul (40 g) 120
4 Laddoo 1 biji (40 g) 180
5 Ghee urundai 1 biji (10 g) 50
6 Muruku 1 keping (20 g) 120
7 Muruku campur 1 sudu makan (10 g) 50
8 Ribbon pakoda 5 keping (10 g) 30
9 Kacang pea 1 sudu makan (10 g) 35
10 Kacang kuda ½ cawan (60 g) 125
11 Kacang Shandong 1 sudu makan (10 g) 40
12 Kesari 1 potong (40 g) 110
13 Halwa 1 potong (40 g) 200
14 Kadalai urundai 1 biji (10 g) 50
15 Paal kova 1 potong (40 g) 40
16 Jilebi 1 keping (20 g) 40
17 Adhirasam (kuih peneram) 1 keping (20 g) 90
18 Ammapodi 1 keping (10 g) 40
19 Pakoda 1 ketul (40 g) 280
20 Rawa laddoo 1 biji (40 g) 180
21 Coconut candy 1 potong (20 g) 75
22 Kerepek ubi 3 keping (10 g) 50
23 Masala peanuts 1 sudu makan (10 g) 50
24 Kek buah 1 potong (40 g) 130
25 Ghulab jamun 1 biji (60 g) 180
26 Mysore pak 1 keping (90 g) 345
27 Paal appam 1 keping (80 g) 60

 

*Anda juga boleh merujuk kepada Panduan Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali untuk :

  1. Bahasa Inggeris : Healthy Eating During The Deepavali Festival
  2. Bahasa Tamil

 

Rujukan

  1. Piramid Makanan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Panduan Diet Malaysia 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Panduan Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali 2013, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Semakan akhir : 5 Januari 2014
Penulis : Pn. Surainee binti Wahab

 

Artikel Berkaitan

Modifikasi Diet Pesakit Disfagia

Modifikasi diet biasanya berkesan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan yang sedikit atau sederhana. Perubahan yang dilakukan dapat mengelakkan risiko aspiration pada sesetengah pesakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,809

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia