A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MEDIA KONTRAS

Media kontras ialah bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh bagi melihat struktur dalaman badan dengan lebih jelas ketika pemeriksaan pengimejan diagnostik.

Apakah Media Kontras?

Media kontras (juga dirujuk sebagai agen kontras atau dye) adalah sejenis bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh bagi membolehkan struktur dalaman badan dilihat dengan lebih jelas ketika pemeriksaan pengimejan diagnostik seperti pemeriksaan radiografi, floroskopi, imbasan Tomografi Berkomputer (CT) dan imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).

 

Bagaimana Media Kontras Berfungsi?

Agen kontras menggunakan prinsip di mana kesan kontras ke atas imej perubatan diubah secara sementara bagi meningkatkan penglihatan dan pengesanan abnormaliti organ dan struktur dalaman tubuh yang tidak akan kelihatan tanpa penggunaan agen kontras. Agen kontras yang dimasukkan ke dalam tubuh akan mengalir melalui saluran darah dan dan perfuse ke dalam organ yang disasarkan atau lesi yang disyaki di dalam badan. Contohnya, adalah mustahil untuk mengenalpasti saluran darah atau sturktur dalam buah pinggang tanpa menggunakan agen kontras. Selepas itu bahan kontras ini sama ada akan diserap ke dalam badan atau dikeluarkan melalui air kencing atau pergerakan usus.

 

Bagaimana Media Kontras Dimasukkan Ke Dalam Tubuh ?

  • Suntikan melalui saluran darah (intravena)
  • Ditelan (melalui mulut atau oral)
  • Secara enema (melalui rektum)

 

Jenis-jenis Media Kontras

  • Berasaskan Iodin : Intravena dan disuntik melalui cakera vertebra dan ruang cecair tulang belakang.
  • Barium Sulfat: Dimasukkan melalui mulut atau rektum.
  • Udara: Biasanya digunakan secara kombinasi dengan barium sulfat untuk pengimejan usus.
  • Berasaskan Gadolinium: Intravena untuk MRI

 

Adakah Penggunaan Media Kontras Selamat?

Agen kontras dianggap selamat. Penggunaannya mempunyai risiko yang rendah seperti reaksi alahan atau kesan sampingan yang sederhana hingga alahan teruk. Walau bagaimanapun kesan sampingan yang teruk adalah amat jarang berlaku. Dengan itu sebelum menjalani pemeriksaan yang memerlukan penggunaan bahan kontras adalah penting untuk pesakit memaklumkan kepada doktor jika mereka pernah atau sedang menghadapi perkara-perkara berikut:

  • Lelah
  • Alahan kepada iodin (dari makan laut atau ubat-ubatan)
  • Alahan kepada sebarang bahan makanan
  • Alahan kepada ubat-ubatan
  • Dehidrasi
  • Penyakit jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang.
  • Sejarah reaksi kepada bahan kontras

Pesakit dengan keadaan di atas mempunyai risiko lebih tinggi berlakunya kesan sampingan kepada agen kontras. Biasanya mereka perlu mengambil ubat (steroid) sebelum menjalani pemeriksaan bagi mengurangkan risiko alahan ini.

 

Kesan Sampingan Penggunaan Media Kontras

Kesan sampingan selepas penggunaan media kontras berasaskan iodin adalah seperti berikut:

  • Flushing
  • Rasa loya
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal
  • Ruam kulit
  • Sukar bernafas (sesak nafas)
  • Kebengkakan di tekak

Kesan sampingan selepas penggunaan media kontras oral adalah seperti berikut:

  • Sembelit
  • Kejang perut
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Keparauan suara
  • Agitation
  • Gatal-gatal
  • Sukar bernafas dan menelan

 

Kehamilan

Wanita hamil perlu memaklumkan kepada pakar radiologi atau Juru X-ray tentang kehamilan mereka atau kemungkinan mereka hamil. Penggunaan media kontras media dielakkan untuk mengurangkan risiko kepada bayi. Modaliti pengimejan yang lain akan dipertimbangkan.

Ibu Yang Menyusukan Anak

Ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor mereka jika menjalani apa-apa pemeriksaan yang memerlukan penggunaan media kontras.

Pesakit Dengan Fungsi Buah Pinggang Terjejas.

Sekiranya pesakit mengalami fungsi buah pinggang (ginjal) yang terjejas pertimbangan khas akan diberikan sebelum penggunaan media kontras.

 

Rujukan

  1. ESUR Guideline on Contrast Media. Available at: http://www.esur.org/guidelines/
  2. Manual on Contrast Media, Edition 7.0, 2010: 33-35. American College of Radiology

 

Semakan Akhir : 31 Mei 2017
Penterjemah : Daud bin Ismail
Akreditor : Pushpa Thevi Rajendran

Artikel Berkaitan

PEMERIKSAAN X-RAY LUTUT

Pemeriksaan x-ray lutut amatlah penting bagi mencari punca kepada rasa sakit, ketegangan, bengkak atau kecacatan lutut. Pemeriksaan ini juga mampu mengesan kepatahan tulang dan dislokasi sendi akibat kemalangan atau kecederaan.

Bantuan Sokongan Psikososial Kepada Pesakit

Tujuan perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah bagi membantu mengembalikan dan meningkatkan kefungsian sosial anda sesuai dengan batas keupayaan mereka. Selain daripada itu, ianya bertujuan membantu anda mendapat faedah yang optima daripada rawatan dan pemulihan di klinik kesihatan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,524

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia