A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesihatan Mental Dan Penjagaan Kesihatan Mulut

Pengenalan

Individu yang mempunyai penyakit mental seringkali dikaitkan dengan kesihatan mulut yang tidak baik. Ini disebabkan oleh penjagaan kesihatan pergigian yang selalunya tidak dititik-beratkan dan dianggap remeh. Ia juga diberikan keutamaan yang lebih rendah berbanding dengan masalah kesihatan yang lain oleh individu dan keluarga. Tahap kesihatan mental dan tingkahlaku seseorang mempengaruhi status kesihatan mulut. Faktor lain yang boleh mempengaruhi status kesihatan mulut adalah berkait rapat dengan cara hidup individu tersebut samada mereka hidup berdikari atau bergantung kepada orang lain dan tinggal di rumah atau di institusi penjagaan.

Jenis-jenis penyakit mental

 

Masalah dalam mulut yang berkaitan dengan penyakit mental

 

 

 
Permukaan gigi yang terhakis disebabkan oleh asid dari refluks gastrik (bulimia)
  Pesakit HIV yang mengalami kemurungan teruk menyebabkan kerosakan gigi dan masalah gusi apabila penjagan pergigian diabaikan

 

Masalah tingkahlaku berkaitan dengan individu yang mempunyai penyakit mental

Individu yang mempunyai penyakit mental sering kali dianggap mempunyai masalah tingkahlaku. Memahami masalah tingkahlaku ini adalah penting supaya doktor gigi dapat merancang dan dapat berbincang berkaitan rawatan yang dapat diberikan dengan sewajarnya. Keberkesanan di dalam memberikan rawatan pergigian kepada pesakit mental diharapkan dapat memberikan motivasi dan galakan kepada semua pihak yang terlibat. Kesan daripada penjagaan kesihatan mulut yang baik akan memberi faedah kepada kesihatan secara keseluruhannya.

Di bawah adalah masalah tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan individu yang mempunyai penyakit mental:-

  • “Mood” atau perasaan yang tidak menentu
  • Minat yang berkurangan
  • Perasaan kurang harga diri
  • Kurang motivasi terhadap penjagaan kesihatan
  • Takut dan kebimbangan untuk mendapatkan rawatan pergigian
  • Tidak mengikut arahan yang diberikan, tidak hadir untuk temujanji rawatan dan membatlkan temujanji di saat-saat akhir

 

Beberapa nasihat yang berguna

 

 
     
 
     
 
     
 

 

Alternatif kaedah rawatan pergigian

Jika anda tidak dapat menghadapi rawatan pergigian di atas kerusi pergigian seperti biasa, terdapat beberapa kaedah lain:

  • Sedasi gas nitrous oxide (Gas ketawa)
  • Sedasi oral
  • Bius umum

 

Rujukan

Oral Health Care for People with Mental Health Problems Guidelines and Recommendations (2000) British Society for Disability And Oral Health

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Dr. Norjehan bt. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

Kanser Mulut

Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Rekahan Bibir & Lelangit – Rawatan Pergigian

Rekahan bibir dan lelangit merupakan kecacatan semasa lahir di mana tisu bahagian mulut dan bibir tidak terbentuk dengan sempurna semasa pembentukan fetus. Punca kecacatan masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kecacatan ini boleh dirawat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,263

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia