A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Mari Belajar Sebut Bunyi...

Mari Belajar Sebut Bunyi /k/ dan /g/

Bagi bunyi /k/ dan /g/, anggota yang terlibat aktif adalah bahagian belakang lidah dan lelangit lembut.

Pernahkah anda mengalami situasi A atau B?

Jika ibu atau ayah selalu bersama anak, mereka akan memahami dengan lebih baik apa yang anak ingin sampaikan walau sebutan anak kurang tepat. Ini berbeza dengan orang lain yang jarang bertemu dengan kanak-kanak tersebut.

Contoh situasi di atas, hanya ada satu bunyi yang salah sebutannya. Kanak-kanak menukar semua bunyi /k/ secara konsisten ke bunyi /t/. Bagaimana jika terdapat lebih banyak bunyi yang ditukar ke bunyi yang lain?. Pasti sebutan kanak-kanak lebih sukar difahami.

Dalam artikel ini, kita akan tunjuk bagaimana cara untuk melatih kanak-kanak menyebut bunyi /k/ dan /t/.

Bagaimana bunyi /k/  dan /g/ dihasilkan

Terdapat beberapa bahagian di mulut yang digunakan bagi menghasilkan bunyi pertuturan. Bagi bunyi /k/ dan /g/, anggota yang terlibat aktif adalah bahagian belakang lidah dan lelangit lembut.

Proses menghasilkan bunyi /k/ dan /g/ adalah seperti berikut:

Bunyi
Bibir dan rahang
Lidah
Peti suara
 /k/
Kedudukan bibir adalah sedikit terbuka, dan rahang berada dalam kedudukan stabil *Belakang lidah menyentuh lelangit lembut sebentar Peti suara tidak menghasilkan getaran
/g/
*Belakang lidah diturunkan, menghasilkan letusan udara Peti suara menghasilkan getaran

Video cara menyebut bunyi /k/ dan /g/

  1. Cara menyebut bunyi /k/
  2. Cara menyebut bunyi /g/

Apakah kesalahan bunyi /k/ dan /g/ yang sering dilakukan?

Setiap bunyi diperoleh mengikut tahap perkembangan tertentu. Pemerolehan bunyi /k/ dan /g/ adalah pada umur 2 hingga 4 tahun.

Kesalahan mengugurkan bunyi sepatutnya hilang pada umur 4 tahun Kesalahan bunyi ditukar ke bunyi lain,  jika berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun masih dianggap normal. Jika anak anda berumur 2 tahun, dan masih belum boleh sebut dua bunyi ini dengan betul, jangan risau ya!

Sumber: http:// www.talkingtails.net

Terdapat dua jenis kesalahan yang melibatkan bunyi /k/ dan /g/ iaitu:

  1. Bunyi ini akan digugurkan, menyebabkan sebutan perkataan menjadi tidak lengkap.
  2. Bunyi /k/ dan /g/ ditukarkan ke bunyi lain, selalunya kepada bunyi yang mempunyai ciri yang hampir sama. Apabila kesalahan ini berlaku, sebutan perkataan berubah dan maksud sebenar perkataan juga akan berubah.

Contoh kesalahan bunyi /k/ dan /g/ yang sering berlaku:

Jenis kesalahan

/k/

/g/

 Pengguguran bunyi /kopi/          ?          /_opi/ /guli/          ?          /_uli/
 Penggantian bunyi /kopi/          ?         /topi/ /guli/          ?          /duli/

Apakah strategi dalam penghasilan bunyi /k/ dan /g/

Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilakukan semasa mengajar kanak-kanak menghasilkan bunyi /k/ dan /g/.Antara contoh strategi yang boleh dilakukan ialah:

  1. Bantuan visual
    1. Guna cermin yang besar supaya kanak-kanak dapat melihat pergerakan mulutnya sendiri
    2. Duduk berhadapan dengan kanak-kanak supaya mereka dapat melihat pergerakan mulut kita semasa kita menyebut bunyi tersebut.
  2. Bantuan sentuhan
    1. Sentuh bahagian belakang lelangit dan pangkal lidah yang terlibat untuk menghasilkan bunyi /k/ dan/g/ dengan batang aiskrim.
    2. Letakkan jem / madu  di bahagian belakang lelangit dan pangkal lidah yang terlibat untuk menghasilkan bunyi /k/ dan/g/.
    3. Sentuh bahagian dagu yang bertemu dengan leher sebagai isyarat, supaya kanak-kanak meletakkan pangkal lidah ke lelangit atas semasa menyebut bunyi /k/ dan /g/.
  3. Arahan untuk kedudukan
    1. Guna gambarajah atau model mulut bagi membantu kanak-kanak faham bagaimana kedudukan lidah yang betul.
    2. Minta kanak-kanak meletakkan pangkal lidah ke lelangit atas, dan gerakkan pangkal lidah sedikit ke bawah.
    3. Letakkan tapak tangan ke hadapan bibir, untuk rasa sedikit hembusan angin ketika menyebut bunyi ini.
    4. Sebut bunyi dan minta kanak-kanak cuba sebut bersama-sama.

Bagaimana mahu mula?

Bunyi pertuturan diperoleh secara berperingkat. Apabila kita melatih kanak-kanak untuk satu bunyi yang baru, kita juga perlu melatih bermula dari peringkat asas.

Anda boleh melangkah ke peringkat seterusnya jika kanak-kanak menunjukkan 80% respon yang betul pada satu tahap.

Apakah aktiviti dalam menghasilkan bunyi /k/ dan /g/?

Sila rujuk artikel mari sebut bunyi /t/ dan /d/ untuk aktiviti latihan sebutan. Konsep asas latihan yang penting adalah- kanak-kanak mesti dalam keadaan bersedia dan seronok semasa berlatih!

Bunyi /k/ dan /g/ merupakan dua daripada bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua bunyi ini boleh hadir di awal, tengah atau akhir perkataan.

Contoh bunyi /k/ dan /g/ dalam perkataan:

Bunyi
Awal perkataan
Tengah perkataan
Akhir perkataan
/k/
Kad Kopi Kedai Kerusi Kambing Kelapa
Pakai Pekan Rakit Bukit Sikat Buku
Balik Batik Betik Cantik Petik Botak
/g/
Guli Gajah Gula Gemuk Gusi Gunting
Pagar Pagi Bagi Pergi Dagu Bagus
Beg

Contoh perkataan bergambar bagi bunyi /k/:

Awal perkataan
Tengah perkataan
Akhir perkataan

Kasut

Makan
Kek

Contoh perkataan bergambar bagi bunyi /g/:

Awal perkataan
Tengah perkataan
Akhir perkataan
Garfu
Jagung
Beg

Rujukan

  1. Developmental Norms for speech and language. Diperoleh daripada http://www.asha.org/slp/schools/prof-consult/norms/, pada 3 September 2015.
  2. English pronounciation, lesson 22. Diperoleh daripada http://www.english247.net/english-pronunciation-lesson-22-consonant-k/ pada 7 September 2015.
  3. Table 3 – Elimination of Phonological Processes. Diperoleh daripada http://www.speech-language-therapy.com pada 3 September 2015.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rahimah bt. Yunus
Akreditor : Nurhayati bt. Mohd Mossadeq
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

ALAT CEGAH GERAK

Alat cegah gerak merupakan peralatan tambahan atau aksesori khas yang digunakan oleh Juru X-ray untuk membantu memposisikan pesakit supaya pesakit sentiasa berada dalam keadaan stabil sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Siapakah Audiologis?

Pengenalan Audiologis adalah individu yang berkelayakan dari segi akademik sekurang-kurangnya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,589

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia