A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pening di Kalangan Warga Emas

Pening adalah satu simptom yang biasa di kalangan warga emas  dalam komuniti terutamanya untuk yang berumur lebih 75 tahun. Ia menyebabkan tekanan psikologi yang tinggi  dan beban kepada warga emas.

  • Pening adalah satu simptom yang biasa di kalangan warga emas  dalam komuniti terutamanya untuk yang berumur lebih 75 tahun. Ia menyebabkan tekanan psikologi yang tinggi  dan beban kepada warga emas.
  • Pening ini melibatkan 20% ke 30 % populasi warga emas.
  • Pening selalu dianggap ringan. Walau bagaimanapun, pengesahan diagnosa adalah penting untuk membolehkan rawatan yang efektif diberikan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan gejala pening.
  • Pening ini boleh dianggap sebagai rasa ketidakseimbangan yang tidak menyenangkan atau perubahan orientasi dalam ruang.
  • Punca pening ini boleh didiagnosis  melalui pengambilan sejarah penyakit serta menjalankan  pemeriksaan fizikal yang lengkap. Masalah ini biasanya tidak memerlukan  rujukan ke hospital.

Tanda dan Gejala

Pening adalah sesuatu gejala tidak spesifik yang membawa maksud ‘vertigo’, ringan kepala, ketidakseimbangan, pengsan, hampir pengsan (presyncope), gangguan  penglihatan atau masalah psikologi.

Punca-punca penyebab pening:

  1. Kardiovaskular:
    • Tekanan darah yang rendah dengan perubahan postur (hipotensi postur)
    • Angin ahmar/strok
    • Sindrom carotid sinus
    • Vertebrobasillar insufficiency
    • Saluran aorta yang ketat
    • Subclavian steal syndrome
    • Rentak jantung yang tidak normal
  2. Neurologi:
    • Kecederaan kepala (Post head injury)
    • Sawan (epilepsy)
    • Multiple sclerosis
    • Parkinsonism
    • Dementia
    • Barah otak (brain tumours)
    • Benign intracranial hypertension
    • Normal pressure hydrocephalus
    • Masalah saraf periferi
  3. Otologi (Masalah telinga):
    • Meniere’s disease
    • Vertigopostur
    • Labyrinthitis
    • Vestibular neuritis
    • Vestibular migraine
    • Otosclerosis and  Paget’s disease of bone
    • Masalah saluran darah
    • Kecederaan saluran telinga tengah
    •  Selepas pembedahan, seperti stapedectomy, cochlear implant
    • Barah , cholesteatoma
  4. Metabolik:
    •  Paras gula darah yang rendah (Hypoglycaemia)
    • Hormon adrenal yang tidak mencukupi
    • Hipotiroid
  5. Psikologi:
    • Keresahan (Generalised anxiety)
    • Agoraphobia
    • Serangan panik
    • Hiperventilasi
  6. Penyebab-penyebab lain:
    • Demam  virus
    • Migrain
    • Okular – gangguan  penglihatan
    • Cervical  – cervical spondylosis
    • Auto-immune seperti rheumatoid arthiritis , systemic lupus erythematous (SLE)
    • Pengambilan dadah atau ubat-ubatan yang berlebihan seperti : alkohol dan, karbon monoksida.
    • Iatrogenik : kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi, antibiotik kumpulan aminoglycoside, ubat untuk rentak jantung.

Mengenal pasti tanda gejala samada ia adalah vertigo, pitam, hampir pitam atau bentuk-bentuk pening yang lain adalah penting. Pening biasanya boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan utama :

  • Vertigo : ini  boleh didefinisikan sebagai perasaan pergerakan yang tidak normal terhadap perserkitaran  atau pada seseorang.  Perasaan  pergerakan itu biasanya melibatkan perasaan berputar-putar atau ketidakseimbangan  badan. Vertigo ini  biasanya berkaitan dengan  ‘nystagmus’, ketidakseimbangan postur, berpeluh, pucat, loya atau muntah-muntah (gejala saraf autonomik). Kebanyakan kes vertigo yang hadir di perkhidmatan kesihatan primer berpunca  dari gangguan  vestibular peripheral seperti : vertigo postur, acute vestibular neuronitis dan Meniere’s disease.
  • Hampir Pengsan (Presyncope) : perasaan hendak pitam atau pengsan  yang  tidak semestinya diikuti oleh episod pengsan . Sebelum gejala ini berlaku,biasanya ada tanda –tanda awal seperti otot-otot lemah atau kejang, rasa kebas-kebas di kawasan mulut dan gelap  mata , rasa kepala ringan  dan rasa nak pitam. Tanda-tanda  lain yang berkaitan adalah seperti muka   pucat, jantung berdebar-debar atau rasa kebas-kebas  serta kekejangan kaki serta tangan (bergantung pada puncanya)
  • Ketidakseimbangan (Disequilibrium) : perasaaan  tidak seimbang yang berlaku semasa berjalan dan hilang semasa berehat. Ini biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor berkaitan dengan sistem sensori pada warga emas yang meliabtkan telinga dalam (inner ear-vestibular), mata (penglihatan) dan sendi (propioception).
  • Pening disebabkan psikogi :  perasaan  pening yang subjektif  disebabkan masalah sensori daripada badan dan sistem motor. Keadaan ini berkaitan dengan penyakit keresahan (anxiety disorder) akut atau kronik.

Simptom

  • Aktiviti yang boleh menyebabkan simptom  di atas adalah seperti :
    • Perubahan postur (hipotensi postur)
    • Pergerakan kepala atau leher (vertigo, cervical spondylosis atau vertebral artery  syndrome)
    • Merasa resah/gelisah (hiperventilasi)
  • Simptom-simptom lain yang berkaitan :
    •  Pengsan
    • Tanda-tanda  sawan
    • Jatuh
    • Kurang pendengaran atau bunyi berdering di dalam telinga (tinnitus)
    • Halusinasi pendengaran dan lupa ingatan (amnesia) – Masalah di bahagian temporal otak.
  • Mengenal pasti tahap keresahan di kalangan warga emas kerana keresahan biasa berlaku pada warga emas.
  • Pastikan faktor kardiovaskular seperti merokok dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.
  • Mengambil sejarah masalah penyakit serta sejarah pengambilan ubat-ubatan.

Tanda-tanda Klinikal

Pemeriksaan klinikal yang teliti diperlukan  untuk mengenal pasti  punca penyakit .

  1. Kardiovaskular : contoh:
    • Tekanan darah – posisi duduk, berbaring dan berdiri untuk mengetahui perbezaan bacaan yang ketara. Ini penting untuk diagnosa penyakit hipotensi postur.
    • Bunyi jantung yang tidak normal (heart murmur). Contoh: aortic murmur (saluran aorta ketat), carotid bruit.
  1. Mata : gangguan penglihatan, nystagmus.
  1. Neurologi :
    • tanda-tanda angin ahmar (stroke, masalah saraf periferi  atau Parkinsonism).
    • Gaya berjalan yang tidak normal(gait) – berjalan tumit kehujung jari kaki. Jika ada tidak normal,lakukan pemeriksaan reflek dan tona bahagian kaki.
    • Pemeriksaan koordinasi  dengan menyuruh pesakit meletakkan tumit keatas lutut kaki yang berlawanan  dan melakukan pergerakan turun naik tumit itu dari kaki ke lutut.
  1. Pengerakan Dix-Hallpike (head up tilt test) untuk mengesan vertigo postur (Benign Positional Vertigo).

Komplikasi

Prognosis dan komplikasi bergantung kepada  punca penyebab  pening tersebut.

Rawatan

Ujian asas diperlukan sebelum rawatan dimulakan.

  • Ujian air kencing untuk mengesan gula (diabetis) atau jangkitan kencing.
  • Full blood count – anemia.
  • Fungsi  ginjal, gula dalam darah, fungsi hati – untuk mengesan penyakit sistemik, penyalahan pengambilan alkohol dan ketidakseimbangan eletrolit.
  • Ujian gula dalam darah berguna untuk mengesan punca pening  semasa gejala berlaku.
  • ECGdan ECG ambulatori 24 jam untuk mengesan rentak jantung yang tidak normal.

Ujian lanjut yang diperlukan atau dicadangkan :

  • EEG, pengimejan CTotak
  • Ujian pendengaran
  • Ujian fungsi vestibular 
  • Echocardiogram (ujian lanjut jantung)
  • Ujian lain yang diperlukan bergantung kepada gejala pesakit

Rawatan yang diberi adalah pelbagai, bergantung kepada punca penyebabnya

  • Secara amnya, rawatan diberi untuk mengurangkan gejala pening dan ditujukan kepada punca penyebab pening. Penerangan yang jelas mengenai penyakit dan perbincangan antara doktor dan pesakit akan memudahkan rawatannya.
  • Menjalani penilaian yang teliti dan merawat masalah perubatan yang ada.
  • Berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan untuk pesakit warga emas kerana ubat-ubatan ini ada kesan sampingan sedatif yang boleh meningkatkan risiko jatuh.
  • Ubat-ubatan tidak boleh diberikan kepada warga emas tanpa penilaian yang lengkap mengenai punca pening.
  • Ubat-ubatan yang boleh digunakan  termasuk
    • Anti-emetic – hyosine, prochlorperazine,promethazinedan  metoclopramide
    • Calcium- channel antagonists, contohnya cinnarizine dan cyclizine.
  • Vertigoyang disebabkan migrain boleh dirawat dengan ubat pencegah  anti-migraine.
  • Semakan terhadap ubat-ubatan adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah pening disebabkan perubahan tekanan darah postur yang rendah (hipotensi postur). Ubat-ubatan yang menyebabkan kesan sampingan tekanan darah rendah, perlu disemak.
  • Pembedahan jarang diperlukan kecuali kes-kes seperti berikut :
    • Komplikasi penyakit kronik telinga yang boleh membahayakan nyawa. Contohnya: nanah dalam otak
    • Ketumbuhan yang melibatkan struktur pendengaran. contohnya : acoustic neuroma
    • Kecederaan pada telinga tengah atau dalam telinga .contohnya: peri lymph fistula.

Pencegahan

Pesakit  yang masih mempunyai gejala pening disebabkan tekanan darah postur yang rendah (hipotensi postur) selepas ubat-ubatan diubah suai, rawatan pencegahan bukan farmakologi mungkin boleh ditawarkan:

  • Kepala boleh ditinggikan sebanyak 10 inci semasa tidur. Sebelum berdiri daripada posisi tidur, biarkan kaki tergantung di tepi katil untuk beberapa minit.
  • Gunakan sarung kaki elastik yang khas hingga ke peha untuk menolong pengaliran darah dari anggota kaki ke seluruh badan.
  • Untuk pesakit yang tiada darah tinggi, pengambilan garam yang berpatutan juga boleh menolong.
  • Pengambilan air yang mencukupi antara 2 liter ke 2.5 liter.
  • Lakukan pergerakan  mudah seperti membengkok dan meluruskan sendi buku lali (ankle joint), bersilang kaki sebelum berdiri daripada posisi duduk dan berdiri atas anak jari kaki bila berdiri. Ini dapat menolong meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pening.

Rehabilitasi

  • Perancangan untuk rawatan  akut dan rehabilitasi boleh dibentuk setelah penilaian lengkap dilakukan ke atas pesakit. Ada berbagai-bagai pilihan rawatan.
  • Program rawatan fisioterapi khas untuk meningkatkan kekuatan otot-otot dan keseimbangan  dapat ditawarkan.
  • Rehabiliasi vestibula boleh ditawarkan untuk mengurangkan sensitiviti deria keseimbangan untuk mengurangkan perasaan pening yang kronik.

Kumpulan Sokongan / Rujukan

  • Secara amnya, rawatan pening yang kronik bukanlah semudah yang dijangkakan.
  • Ia mungkin memerlukan rawatan jangka masa yang lama berserta rehabilitasi dan ini memerlukan sokongan yang kuat daripada ahli keluarga.
  • Penglibatan ahli keluarga atau penjaga  pesakit semasa sesi terapi adalah penting.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah bt. Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,053,229

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia