A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Apa itu Pemulihan Carakerja?

Apa itu Pemulihan Carakerja?

Pengenalan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang pertama di Malaysia telah dimulakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja Mrs. Babra T.  di Pusat Kusta, Sungai Buloh pada tahun 1957. Profession Pemulihan Carakerja telah berkembang dan diperluasmengikut peredaran bidang perubatan.

Pada mulanya, perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini boleh didapati di hospital-hospital besar, kemudian perkhidmatan ini telah berkembang ke hospital daerah, klinik-klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan agensi-agensi swasta yang lain. Pada tahun 2013, jumlah Jurupulih / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja juga telah meningkat dalam anggaran 1200 orang  seiring dengan keperluan pemulihan dalam bidang perubatan.

Definisi Pemulihan Carakerja

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk  membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima  dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial  dan kerohanian. Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  • Penilaian aktiviti seharian

  • Penilaian fizikal

  • Penilaian sensori

  • Penilaian kognitif & perceptual

  • Penilaian pra-sekolah

  • Penilaian kerusi roda

  • Penilaian pra memandu

  • Penilaian kerja / vokasional

  • Penilaian tempat kerja / rumah / sekolah

  • Penilaian perkembangan kanak-kanak

  • Penilaian tingkah laku

  • Latihan dalam aktiviti seharian

  • Splin & ortosis, peralatan serta pengubahsuaian

  • Terapi tingkah laku

  • Latihan kognitif & persepsi

  • Terapi pakaian tekanan

  • Terapi kreativiti

  • Latihan kemahiran sosial

  • Latihan kerusi roda

  • Pendidikan pesakit dan penjaga

  • Terapi permainan dan riadah

  • Relaksasi

  • Latihan sensorimotor

  • Latihan motor

Lokasi Perkhidmatan

  • Hospital-hospital kerajaan

  • Klinik Kesihatan

  • Jabatan kebajikan Masyarakat

  • Sekolah Pendidikan Khas

  • PERKESO

  • Pusat Dalam Komuniti

  • Badan Bukan Kerajaan – Hospital swasta, klinik-klinik rehabilitasi dan lain-lain.

  • Industri

Kumpulan yang Mendapatkan Faedah daripada Perkhidmatan

Ortopedik- kecederaan tendon, kepatahan tulang, kecederaan saraf, kecederaan tulang belakang.
Medikal – amputasi, kencing manis, keradangan sendi (arthritis), penyakit jantung, gout dan lain-lain.

Neurologi- strok, parkinson, kecederaan kepala, multiple sclerosis dan lain-lain.
Kelecuran
Pembedahan Plastik
Psikiatri – masalah kesihatan mental (contoh skizoprenia, bipolar mood disorder, depresi, panik dan sebagainya)
Warga Emas  
Kanak-kanak- Down syndrom, Cerebral Palsy,masalah pembelajaran, autisma, hiperaktif, Congenital Talipes Varus (CTEV) dan lain-lain.

Prosedur Rujukan

Rujukan boleh dibuat oleh Pegawai Perubatan yang berdaftar.

Rujukan

  1. Department of Occupational Therapy (2010, February 4). Hospital Kuala Lumpur. Retrieved June 20, 2013 from http://www.hkl.gov.my

  2. History.(2010).Malaysian Occupational Therapy Association .Retrieved June 20 , 2013 from http://www.occupational-therapy.org.my/index.htm

  3. Occupational Therapy.(2013,June 7).Wikipedia Foundation Inc. Retrieved June 20 , 2013 from http://en.wikipedia.org/wiki/Occupational_therapy

  4. Gambar: dikodkan dari Yahoo! Malaysia image

Semakan akhir : 27 Januari 2014
Penulis : Jamilah bt Abdul Kuthoos

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,888

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia