A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kematangan Seksual

Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja. Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.

Bilakah saya mengalami kematangan seksual?

Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja. Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.

  • Bagi perempuan, permulaan kitaran haid menandakan mereka berkebolehan untuk mengandung
  • Bagi lelaki, penghasilan sperma dan ejakulasi merupakan tanda kematangan seksual mereka

Perubahan fizikal pada payudara, zakar, testis dan bulu kemaluan menandakan anda sudah mengalami kematangan seksual. (Lihat Peringkat akil baligh)  

Selamat datang ke alam dewasa!

Anda kini punya kemampuan dalam:

  • Menangani lebih kebebasan yang berhak
  • Diberikan lebih tanggungjawab
  • Membuat pilihan dalam isu-isu penting dalam setiap perkara yang dilakukan

Anda berinteraksi lebih dengan rakan sebaya, tapi haruslah dengan cara yang bertanggungjawab dan beradab. Ini termasuklah keputusan dan pilihan berkaitan seks dan jantina.

Sebagai remaja, anda pastinya ingin mencuba pelbagai perkara. Pemilihan rakan-rakan yang baik adalah penting agar anda dapat menjauhkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti:

  • Perlumbaan motor haram
  • Mencuba atau mengeksperimenkan dadah
  • Terlibat dalam seks sebelum kahwin

Berhati-hatilah dengan akibatnya! Perlakuan berisiko anda boleh menyebabkan kepada :

  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Penderaan seksual
  • Berisiko tinggi mendapat kanser serviks di kalangan perempuan

 

Adakah selamat untuk melakukan seks?

Melakukan perhubungan seks adalah satu peristiwa yang penting dan istimewa. Ia seharusnya dilakukan hanya setelah pasangan tersebut berkahwin. Perhubungan seks sebelum kahwin adalah tidak digalakkan oleh kebanyakan agama dan bangsa. Walau bagaimanapun, Oleh itu, sekiranya anda berhasrat melakukan hubungan seks, berhati-hatilah dengan akibatnya!! Gunakan kondom untuk melindungi anda daripada terkena jangkitan penyakit kelamin dan kehamilan yang tidak diingini. Nota: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, sebarang hubungan seks bawah umur (bawah 16 tahun) adalah dianggap Rogol. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dijatuhkan hukuman rotan dan penjara.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat?

Anda boleh mendapat nasihat daripada:

  • Kaunselor di sekolah anda
  • Doktor keluarga
  • Ahli keluarga yang dipercayai
  • Perbadanan Bukan Kerajaan seperti ASNITA, BEFRIENDERS, AWAM

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Datin Dr. Sheila Marimuthu
  : Dr. Jemah Sajari
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Penjagaan Haid

Remaja perlu menjaga kebersihan faraj dengan membersihkannya setiap hari agar sentiasa bersih

Dismenorea

Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,421

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia