A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Pengenalan

Pendedahan kepada cahaya matahari dipengaruhi oleh bentuk muka bumi, iklim, hari dan tahun. Negara yang berhampiran dengan khatulistiwa dan berada pada ketinggian yang lebih tinggi, akan menerimalebih ultraungu (UV). Pendedahan kepada cahaya matahari adalah paling tinggi semasa musim panas. Sinar matahari menjadi paling terik  antara jam 10 pagi hingga 4 petang.

Melakukan aktiviti luar samada di atas salji mahupun pasir boleh memantulkan cahaya UV dan meningkatkan risiko panahan matahari (sinaran UV dari atas dan bawah). Terdapat banyak ubat-ubatan (contohnya, diuretik, tetracycline, doxycycline, antibiotik sulfa, ubat anti-radang bukan steroid dan lain-lain) boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari dan meningkatkan risiko mendapat ruam fototoksid (sama seperti panahan matahari). Selain kulit, mata boleh terbakar akibat pendedahan kepada sinaran matahari yang kuat.

Mereka yang bekerja luar bangunan atau melakukan rekreasi adalah berisiko (contohnya bermain golf, berkebun atau belayar) terhadap panahan matahari.

Tanda dan gejala

Kerosakan kulit akibat sinaran matahari boleh meningkat. Kulit menjadi gelap menandakan kulit cuba untuk melindungi tubuh daripada kerosakan yang lebih teruk. Mata yang terdedah kepada cahaya matahari yang melampau boleh menyebabkan keratitis akut (contohnya: snow blindness).

Komplikasi

Kesan buruk jangka panjang

  • Kanser kulit (karsinoma dan melanoma malignan)
  • Katarak selepas kerosakan jangka panjang
  • Penuaan kulit, terutamanya disebabkan oleh sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit

Rawatan

  • Minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Sapukan pelembap/losyen pada kulit yang kering
  • Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Nasihat khusus untuk mengelakkan kesan buruk pendedahan cahaya matahari termasuk: –

Losyen pelindung matahari

Sapukan losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berjemur. Sapu semula sekurang-kurangnya setiap dua (2) jam dan setiap kali selepas badan terkena air atau  berpeluh. Jangan sekali-kali berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang lama. Losyen pelindung matahari hanya berkesan dalam tempoh yang terhad. Losyen pelindung matahari semata-mata tidak boleh mencegah berlakunya kanser. Kepekatan minimum yang perlu digunakan adalah SPF 15.

Alat pelindung matahari

Pakai alat perlindung matahari seperti cermin mata hitam, pakaian fabrik (kain) bertenun dan topi yang menutupi leher, telinga dan belakang leher. Seboleh-bolehnya, lindungi kanak-kanak di tempat yang teduh dan pakaikan mereka pakaian 100% kapas yang longgar.

Perubahan gaya hidup

Sesetengah orang menganggap berkulit gelap itu bergaya. Walau bagaimanapun, perubahan gaya hidup serta bersederhana dalam semua perkara boleh membantu mengurangkan risiko kanser kulit. Elakkan berjemur di bawah cahaya matahari antara jam 10 pagi hingga 4 petang.

Pendedahan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur adalah jauh lebih selamat. Berlindunglah dari panahan matahari dengan berada di tempat yang teduh seperti di bawah pokok terutama bagi kanak-kanak berusia di bawah enam (6) bulanMinum minuman bukan alkohol semasa berjemur untuk mengelakkan dehidrasi. Jika anda mengambil sebarang ubat, pastikan samada ia boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada cahaya matahari atau sebaliknya.

Sumber

  1. International Travel & Kesihatan, WHO 2006
  2. www.dph.gov.my / CDC / childhoodimmunisation
Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Pap Smear

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,576

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia