A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Tanda & Gejala
  6. /
  7. Perubahan Tabiat Usus

Perubahan Tabiat Usus

Pengenalan

Usus merupakan bahagian bawah sistem penghadaman kita. Ia bermula dari perut hingga dubur. Usus adalah tiub berongga. Usus dibahagikan kepada usus kecil, usus besar dan rektum. Usus kecil adalah di mana makanan dihadam dan diserap ke dalam badan manakala usus besar menyerap air dan membentuk najis. Apabila najis memasuki rektum, badan akan memberi isyarat untuk membuang air besar  (gambar 1)


Gambar 1

Apakah tabiat usus yang normal?

Tabiat usus yang normal adalah berbeza untuk setiap orang bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan pemakanan. Tabiat membuang air besar adalah normal jika anda:

  • Membuang air besar secara berkala dan tetap (walaupun tidak setiap hari)
  • Tidak mempunyai gejala sembelit atau cirit-birit
  • Membuang air besar tanpa perlu menggunakan ubat seperti julap

Punca tabiat usus berubah

Tabiat usus seseorang individu boleh berubah disebabkan oleh perubahan tertentu dalam corak gaya hidup atau diet. Namun gejala perubahan tabiat usus boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang merbahaya:

  • Penyakit keradangan usus seperti Ulser Kolitis dan penyakit Crohn
  • Sindrom Malabsorption (penghadaman terganggu) seperti penyakit seliak (coeliac disease)
  • Gangguan kelenjar endokrin seperti Hipertiroidisme dan Kencing Manis (Diabetes)
  • Kanser/barah Kolon
  • Jangkitan kuman yang bahaya seperti demam kepialu, taun dan lain-lain

Jika tabiat usus berubah, adakah saya perlu bimbang?

Setiap individu boleh mengalami gejala perubahan tabiat usus dari semasa ke semasa terutama apabila terdapat perubahan dalam rutin hidup harian, diet dan umur. Biasanya gejala ini tidak berpanjangan dan tidak memerlukan rawatan khusus. Walaubagaimnapun sekiranya terdapat gejala perubahan tabiat usus seperti dibawah anda dinasihatkan berjumpa doktor :

  • Cepat letih/penat kerana cirit-birit yang berlebihan
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Cirit birit yang berpanjangan
  • Cirit dan sembelit berlaku secara berulang dan berselang seli
  • Sakit perut yang teruk atau berpanjangan
  • Darah dalam najis
  • Nanah dalam najis
  • Gejala seperti susut berat badan, hilang selera makan dan demam
  • Kembung perut atau bengkak

Rujukan

  1. Penyelidikan Kanser UK (http://www.cancerhelp.org.uk)
  2. Pakar Keluarga Amerika (www.aafp.org / AFP)
  3. Kesihatan Atas Talian (http://www.healthline.com/)

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis/Akreditor : Dr. Zainal Fitri b. Zakaria
Penterjemah : Norrahimah bt. Kassim

 

Artikel Berkaitan

Myringoplasty

Myringoplasty adalah satu pembedahan untuk menampal gegendang telinga yang berlubang atau pecah.

Malaria

Introduction Most important parasitic disease in tropical and subtropical countries.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,770

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia