A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Bantuan Praktik Untuk Pesakit...

Bantuan Praktik Untuk Pesakit Arthritis

Arthritis bermaksud "radang sendi". Ia sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain. Penyakit arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh disebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.

Pengenalan

Arthritis bermaksud “radang sendi”. Ia sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Penyakit arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh disebabkan oleh mekanisma “autoimmune“, jangkitan, perubahan “degenerative” atau kecacatan pada baka.

Jenis-jenis arthritis adalah:

  • Osteoarthritis (OA)
  • Rheumatoid Arthritis
  • Infectious Arthritis
  • Polymyalgia Rheumatica

Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi Pesakit

Individu yang menghidap penyakit arthritis akan berdepan dengan pelbagai masalah. Antara masalah utama yang akan dihadapi pesakit adalah:

  • Masalah kesakitan yang berpanjangan

Penyakit arthritis akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan serta memerlukan rawatan yang berterusan.

  • Masalah tekanan emosi dan kemerosotan kualiti hidup

Kesakitan berpanjangan yang dialami pesakit akan menyebabkan tekanan emosi dan ianya bakal mengubah rutin kehidupan harian pesakit. Keadaan ini secara langsung akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.

  • Masalah ekonomi

Kebanyakan pesakit arthritis terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesakitan yang dialami serta pesakit juga perlu menjalani rawatan yang berpanjangan.

  • Kos menjalani rawatan

Pesakit akan berhadapan dengan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan. Antara kos yang terlibat seperti kos impaln, ubat-ubatan, pengangkutan untuk menjalani rawatan susulan, caj hospital, kos peralatan sokongan dan lain-lain lagi.

Kriteria Pesakit Yang Layak Untuk Bantuan Praktik

Pesakit yang layak dipertimbangakan untuk mendapat bantuan praktik adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pesakit yang diklasifikasikan sebagai miskin atau kurang mampu untuk menanggung kos rawatan yang disyorkan.

Nota: Bagi pesakit dari kalangan kakitangan kerajaan atau pesara atau anggota keluarga yang layak, mereka mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Pelaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).

Jenis-Jenis Bantuan Praktik

Jenis-jenis bantuan praktik kepada pesakit yang layak ialah:

  • Bantuan Kos Implan dan Peralatan

Pesakit yang memerlukan bantuan peralatan yang disyorkan oleh Pakar atau Pegawai Perubatan tetapi peralatan tersebut tidak dibekalkan oleh pihak hospital, pesakit akan dirujuk kepada sumber pemberi bantuan.

  • Bantuan Am

Pesakit arthritis yang tidak bekerja atau kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan juga akan dirujuk agensi pemberi bantuan.

  • Pengurangan/Pengecualian Caj Rawatan

Bagi pesakit yang menjalani rawatan di hospital kerajaan tetapi tidak mampu untuk membiayai kos rawatan, rayuan boleh dibuat untuk mendapatkan pengurangan caj rawatan. Penilaian sosio ekonomi akan dibuat untuk menentukan sama ada pesakit layak untuk mendapatkan pengurangan caj rawatan yang dikenakan. Bagi pesakit yang menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mempunyai Kad Kenal Diri dari JKM caj rawatan adalah dikecualikan.

Prosedur Mendapatkan Bantuan Praktik

Pesakit yang ingin memohon bantuan praktik hendaklah menjalani rawatan di mana-mana hospital/klinik/pusat kesihatan kerajaan dan dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan kerajaan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Sumber-Sumber Bantuan Dalam Komuniti

Sebagai usaha membantu pesakit, Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu mengetahui sumber-sumber bantuan yang ada di dalam komuniti. Antara sumber-sumber bantuan tersebut adalah :

A. Agensi Kerajaan

  • Tabung Bantuan Perubatan (TBP), Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Baitulmal
  • Pusat Zakat

B. Agensi Bukan Kerajaan

  • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
  • Sukarelawan
  • Arthritis Foundation Malaysia dan
  • Sumber-sumber pemberi bantuan lain.

Rujukan

  1. Garis Panduan Laporan Sosio Ekonomi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Kementerian     Kesihatan Malaysia
  2. Garis Panduan Tabung Bantuan Perubatan (TBP), Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Garis Panduan Perbelanjaan Kewangan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
Semakan Akhir : 19 April 2016
Penulis : Wan Mohd Aminuddin Bin Wan Ismail
Akreditor : Abdul Halim Bin Jamil

Artikel Berkaitan

Forensik dan Mitos

Mayat adalah tidak berbahaya asalkan kematiannya tidak disebabkan oleh penyakit berjangkit atau ianya bukan pembawa penyakit berjangkit. Setakat ini, masih tiada sebarang bukti yang dilaporkan mengenai risiko kesihatan kepada orang awam yang terdapat pada jasad si mati.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,960

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia