A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kesan Hormon Ke Atas...

Kesan Hormon Ke Atas Ketidaksuburan / Infertiliti

Pengenalan  

Ketidaksuburan yang berlaku dalam satu-satu pasangan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sekali. Antaranya ialah gangguan hormon yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas sebab ketidaksuburan yang berlaku. Hormon dirembeskan dari kelenjar-kelenjar yang mana ianya dibawa oleh salur darah ke organ sasaran yang selalunya berkedudukan jauh daripada kelenjar-kelenjar . Secara umumnya, fungsi hormon yang berhubungkait di antara hipotalamus ( bahagian otak), pituitari dan  trek peranakan adalah penting untuk penghasilan telur dan sperma yang normal. Kesan yang negatif boleh berlaku sekiranya terdapat gangguan atau perubahan akibat kesan hormon-hormon yang lain.

Jenis – jenis hormon

Hormon yang utama adalah Hormon Pembebas Gonadotrofin / gonadotropin releasing hormone (GnRH), Hormon Perangsang Folikel/ follicle stimulating hormone (FSH), Hormon Peluteinan / luteinizing hormone (LH), estrogen (wanita) dan  testosteron (lelaki). GnRH dirembeskan oleh hipotalamus (bahagian otak) dan ianya merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan FSH dan LH. Ia kemudiannya akan merangsang ovari pada wanita dan testis lelaki. Biasanya terdapat mekanisma timbal balik yang akan mengurangkan atau menghentikan penghasilannya daripada pituitari.

Jenis Hormon

 

Fungsi hormon

Bagi wanita, ovari dirangsang untuk menghasilkan folikel telur yang akan berkembang untuk mencapai saiz matang. Ia adalah satu proses kitaran yang berlaku hampir sebulan. Dalam pada itu, ia juga akan meningkatkan penghasilan estrogen yang memberi kesan terhadap ketebalan dinding rahim. Di peringkat pertengahan kitaran ini, berlaku peningkatan LH yang mendadak (LH surge) yang akan mencetuskan ovulasi. Seterusnya, peningkatan progesteron secara berperingkat – peringkat daripada ovari akan berlaku. Ini adalah penting supaya dinding rahim yang menebal  akibat kesan hormon progesteron  bagi melalui perubahan dan peningkatan bekalan darah sebagai persediaan untuk penempelan embrio.

Bagi lelaki, FSH merangsang penghasilan sperma dan fungsi tertentu di dalam testis sementara LH merangsang testis untuk menghasilkan hormon testosteron. Biasanya, ia adalah satu proses yang berterusan.

Peranan hormon dalam ketidaksuburan

Gangguan penghasilan gamet ( telur atau sperma) akan berlaku sekiranya kurang penghasilan FSH dan LH dari pituitari. Ia boleh berlaku akibat penghasilannya yang tidak mencukupi dari peringkat awal atau akibat  kerosakan pada pituitari yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar pituitari, kecederaan, kurang bekalan darah, radiasi dan sebagainya. Ciri atau manifestasi keabnormalan yang lain juga mungkin berlaku akibat dari kekurangan hormon seperti pembesaran yang terbantut.

Masalah hormon yang biasa berlaku pada wanita adalah disebabkan kurang ataupun respons yang tidak normal di ovari seperti sindrom polisistik ovari. Sindrom ini mempunyai ciri-ciri saperti berat badan yang bertambah, rambut muka atau badan yang lebih dan kitaran bulanan yang tidak tepat, Sindrom ini akan mengakibatkan penghasilan estrogen yang tidak normal dan kegagalan untuk LH mencetus (LH surge). Tambahan pula terdapat penghasilan progesteron adalah berkurangan. Kegagalan ovulasi inilah yang akhirnya menyebabkan tidaksuburan berlaku dan kitaran haid terganggu.

Sementara itu, hormon yang tidak normal pada lelaki biasanya akibat kerosakan atau kecederaan pada testis yang seterusnya tidak memberi respons terhadap rangsangan dari pituitari.

Kadangkala, sesetengah hormon boleh memberi kesan yang negatif terhadap gamet. Yang paling biasa ialah keadaan di mana hormon prolaktin yang meningkat dan paras hormon tiroid yang tidak normal. Keadaan ini boleh menggangu paksi hormon yang normal yang mengakibatkan ketiadaan ovulasi atau kurang penghasilan sperma. 

 

Semakan Akhir : 20 Januari 2014
Penulis : Dr. Kannappan a/l Palaniappan

 

Artikel Berkaitan

H

Hepatitis A Hepatitis B dan C

Hubungi Kami

View Larger Map   MyHEALTH amat menghargai sebarang pertanyaan dan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,051,350

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia