A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gigi

Semasa proses penuaan, gusi akan mengecut sedikit. Akibatnya, bahagian bawah gigi akan terdedah kepada sisa makanan dan kuman.

Pengenalan

  • Untuk generasi sekarang, lebih ramai warga emas berumur 65 tahun ke atas masih mempunyai semua atau sebahagian besar gigi asal. Bagaimanapun, kira-kira 1/3 daripada warga emas kehilangan sebahagian atau semua gigi asal mereka (edentulism).
  • Walaupun gigi masih kekal tanpa penyakit gigi berlubang (caries) atau penyakit gusi, keadaan gigi yang kurang sihat adalah biasa dan ia boleh menjejaskan kemampuan mengunyah dan kebolehan mencapai keperluan tenaga kalori.

Tanda dan gejala

  • Semasa proses penuaan, gusi akan mengecut sedikit. Akibatnya, bahagian bawah gigi akan terdedah kepada sisa makanan dan kuman.
  • Bahagian lapisan luar gigi (enamel) juga akan terkikis.

Penyakit

  • Perubahan ini akan menyebabkan gigi lebih mudah rosak dan berlubang (caries) dan seterusnya menyebabkan kehilangan gigi.
  • Warga emas juga kerap menghadapi masalah penyakit periodontal di mana gusi mungkin menjadi merah dan terjangkit (dikenali sebagai gingivitis).
  • Bahagian ligament dan tulang yang menyokong gigi mungkin juga menjadi merah dan terjangkit (dikenali sebagai periodontitis).
  • Kehilangan gigi sebahagian dan keseluruhannya adalah berkaitan dengan umur dan disebabkan oleh masalah gigi rosak dan penyakit periodontal.

Komplikasi

  • Kehilangan gigi boleh menjejaskan proses mengunyah, menelan dan bercakap. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, sisa makanan termasuk ke dalam saluran pernafasan (aspiration), pengasingan sosial dan kemurungan.
  • Gigi palsu boleh juga mengakibatkan masalah kesihatan mulut termasuklah ulser, gusi bengkak, jangkitan kuman dan kesakitan.

Rawatan

  • Kebanyakan masalah ini boleh dicegah atau dirawat dengan berkesan.
  • Kehilangan sebahagian gigi boleh dirawat dengan peralatan kekal (seperti bridges, implants) atau peralatan yang boleh dibuka (seperti gigi palsu separa). Kehilangan gigi keseluruhan boleh dirawat dengan gigi palsu penuh.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Sendi

Pergerakan sendi semakin perlahan dengan pertambahan umur disebabkan perubahan yang berlaku dalam sendi. Reaksi tindak balas juga turut perlahan disebabkan perubahan pada sistem saraf pusat di mana masa antara otak menerima isyarat dan tindak balas terhadap isyarat meningkat dengan umur

Jantung

Semasa proses penuaan, jantung dan saluran darah seseorang warga emas itu mengalami pelbagai perubahan. Senaman secara berkala boleh mengurangkan banyak kesan proses penuaan terhadap jantung and saluran darah.

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,288

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia