A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu ‘konversi’?

Ia juga dulu dikenali sebagai histeria. ‘Konversi’ terjadi apabila seseorang individu hilang kesedaran mengenai keadaan yang sebenar berlaku ke atas dirinya yang bukan disebabkan masalah perubatan dan otak. Ia selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi.

Apakah sebab-sebab ‘konversi’?

Konversi’ adalah disebabkan oleh:

  • Stres
  • Selalu memendam perasaan
  • Kurang kemahiran menangani masalah
  • Suka mencari perhatian

Bagaimanakah anda tahu anda mengalami masalah ‘konversi’?

Ciri-ciri ‘konversi’ adalah:

  • Hilang fungsi badan
    • Contoh, kelemahan anggota tangan/kaki, buta atau pekak
  • Tidak menghiraukan kehilangan fungsi badan
  • Sentiasa mencari perhatian
    • Kehilangan fungsi badan bertambah menjadi-jadi apabila di hadapan orang

Bagaimanakah anda boleh membantu seseorang yang mengalami masalah ‘konversi’?

Sila dapatkan bantuan kepakaran.

Apakah akan terjadi jika bantuan tidak diberi?

Individu akan bertambah teruk dan mengalami perkara seperti berikut:

  • Kurang keyakinan diri
  • Merasa rendah diri
  • Tidak mempunyai ramai kawan
  • Susah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru
  • Susah menyelesaikan masalah dalam hidup

Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?

Sila dapatkan bantuan dan rawatan lanjut di hospital.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abdul Ghani
Penyemak : Prof. Madya Dr. Ramli Musa

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Rambut

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.

Kawan Muka Buku

Muka buku ialah laman web rangkaian sosial yang memudahkan anda untuk berhubung dan berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan secara atas talian. Dalam masa yang sama keunikan muka buku ialah keupayaan untuk berhubung dan berkongsi dengan orang yang diberi perhatian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,665

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia