A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Tatacara Pengurusan Lembaga Perubatan...

Tatacara Pengurusan Lembaga Perubatan Anggota Kesihatan Di Hospital

Bila Lembaga Perubatan Ditubuhkan?

Lembaga Perubatan ialah Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am Bab F-18 bagi tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas seseorang penjawat yang mempunyai kriteria berikut:

  • Apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga (3) tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih;
  • Apabila seseorang pegawai didapati tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya;
  • Apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas;
  • Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragui;
  • Apabila pegawai telah tercedera/mengalami penyakit khidmat semasa bertugas;
  • Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah;
  • Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di negara ini;
  • Lain-lain keadaan di mana Lembaga Perubatan perlu ditubuhkan atas arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya pembelian alat perubatan dan saraan ubat-ubatan.

Bagaimana Memohon Penubuhan Lembaga Perubatan

  • Semua permohonan untuk menubuhkan Lembaga Perubatan mestilah dibuat melalui Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis mengikut keperluan seperti berikut:

           a.   Permohonan Untuk Tujuan Kemungkinan persaraan (rujuk (P.P 10/1995)

           b.   Permohonan Untuk Pemeriksaan Kesihatan (rujuk Peruntukan dalam Perintah Am Bab C& Bab F (19) )

           c.   Lain-lain permohonan seperti Ex-Gratia (rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/2001

           d.   Permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan (rujuk Pekeliling Bil 21/2009)

Apakah Dokumen Yang Diperlukan

   

TANDAKAN (? )

BIL

DOKUMEN

LENGKAP

TIDAK LENGKAP

TARIKH TERIMA

 1 Surat Permohonan daripada Jabatan /Majikan bagi tujuan seperti berikut: a.Permohonan Untuk Tujuan Kemungkinan persaraan (rujuk Lampiran A (P.P 10/1995)      
b.Permohonan Untuk Pemeriksaan Kesihatan (rujuk Perintah Am Bab C & Bab F (19) )      
 3 c. Lain-lain permohonan seperti Ex Gratia (rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/2001)      
 4 Laporan Perubatan Terkini      
5 Senarai Tugas      
6 Kenyataan Perkhidmatan  (jika perlu)      
7 Kenyataan Cuti Sakit      
8 Ringkasan Laporan Prestasi Terkini      
9 Laporan Perubatan Terdahulu (jika ada)      
10 Bayaran (jika berkaitan)      
11 Laporan Ringkasan Perihal Pegawai (jika perlu)      

PENTING : PASTIKAN DOKUMEN YANG DIHANTAR ADALAH LENGKAP

*Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses

Siapakah Yang Mempunyai Kuasa Untuk Menubuhkan Lembaga Perubatan

Pengarah Kesihatan Negeri/Pengarah Hospital Kuala Lumpur berkuasa menubuhkan sebuah Lembaga Perubatan dan melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli dalam Lembaga Perubatan yang ditubuhkan.

Siapakah Ahli-Ahli Lembaga Perubatan

Lembaga Perubatan hendaklah dianggotai oleh tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai perubatan yang mana salah seorang daripadanya hendaklah merupakan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai yang akan diperiksa. Lembaga Perubatan hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah Hospital/Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) atau Ketua Jabatan Klinikal yang setaraf jawatan dengannya, Walau bagaimanapun, Lembaga Perubatan masih boleh bersidang sekiranya hanya terdapat Pengerusi dan seorang ahli yang menganggotai Lembaga Perubatan tersebut. Lembaga Perubatan yang ditubuhkan tidak boleh dianggotai oleh mana-mana Pegawai Perubatan yang pernah merawat pegawai yang akan diperiksa.

Berapakah Bayaran Lembaga Perubatan

Jumlah bayaran yang dikenakan kepada pihak pemohon adalah sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) dan pengecualian  diberikan kepada permohonan dari Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun yang mendapat pengecualian berdasarkan kepada Akta Fi (Perubatan) (Pindaan) 2003. Cara Pembayaran:

Jika bayaran ke Jabatan Kesihatan Negeri, bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan cek/wang pos/wang kiriman atas nama Pengarah Hospital berkenaan.

Jika bayaran dibuat di hospital berkenaan, bayaran hendaklah dibuat secara tunai/cek/wang pos dan salinan resit hendaklah dikemukakan oleh pemohon ke Jabatan Kesihatan Negeri sebagai bukti pembayaran.

Persidangan Lembaga Perubatan

Pesakit perlu hadir semasa persidangan. Walau bagaimanapun bagi kes-kes tertentu lembaga boleh mengecualikan pesakit untuk hadir. Ahli Lembaga Perubatan boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada:

Pegawai perubatan yang pernah merawat pesakit

Majikan atau wakil

Ahli keluarga

Pegawai Perubatan Swasta

Laporan Lembaga Perubatan

Laporan Lembaga Perubatan hendaklah dibuat dengan menggunakan format berikut:

Untuk Tujuan Persaraan

Pekeliling Perkhidmatan 10/1995. Rujuk Lampiran B (Laporan Lembaga Perubatan Mengenai Persaraan Atas Sebab Kesihatan Di Bawah Seksyen 10(5) (a), Akta Pencen 1980(Akta 227);

Untuk Tujuan Pemeriksaan Kesihatan

Perintah Am (Laporan Lembaga Perubatan Perintah Am Bab “F”20)

Untuk Lain-Lain Tujuan

Contoh Ex Gratia (Lampiran D Borang Lembaga Perubatan (Ex-Gratia) Kes HUK)

Laporan hendaklah dikemukakan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh Persidangan Lembaga Perubatan

Laporan Lembaga Perubatan hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan. Dua (2) salinan dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan satu (1) salinan disimpan di peringkat hospital.

Rujukan

  1. Akta Pencen 1980 (Akta 227), Seksyen 10 (5)(a) Persaraan Atas Sebab Kesihatan
  2. Perintah Am Bab C (Perenggan 18, 22 (a), 28)
  3. Perintah Am Bab F (Perenggan 7,18,19,20)
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995, Prosedur Membesarakan Pegawai Atas Sebab Kesihatan
  5. Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2001, Pindaan Bayaran Di Bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
  6. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 18/2010, Garispanduan Penubuhan Lembaga Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi Perubatan dan Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Semakan Akhir : 27 Jun 2014
Penulis : Pn. Norhayati bt Mohamed Sari
Akreditor : Pn. Zanariah bt Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

MRI PELVIS

Apa Itu MRI Pelvis? Magnetic Resonance Imaging (MRI) pelvis menggunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,757

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia