A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Keganasan
  6. /
  7. Pusat Krisis Bersepadu

Pusat Krisis Bersepadu

Apakah Pusat Krisis Bersepadu?

Pusat Krisis Bersepadu atau One Stop Crisis Centre (OSCC) adalah pusat perkhidmatan bersepadu di antara berbagai agensi yang menyelaraskan tugas bagi menyelesaikan kes keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan terhadap kanak-kanak.

Pusat ini adalah merupakan tempat yang memberi rawatan dan pertolongan yang diperlukan oleh pengadu. Pegawai dari agensi berkaitan akan tampil untuk memberi bantuan jika diperlukan. Dalam erti kata lain pusat ini memberikan pengurusan rawatan setempat.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini?

  • Jagaan yang lebih selamat
    • Pengurusan klinikal
    • Kaunseling
    • Sokongan emosi
    • Perlindungan sementara
  • Mewujudkan sokongan bersepadu untuk pesakit dari berbagai agensi menerusi bantuan :-
    • Kebajikan sosial
    • Perlindungan
    • Bantuan perundangan
    • Perbicaraan di mahkamah
    • Perkhidmatan polis

Dimanakah pusat ini terdapat?

Perkhidmatan ini terdapat di semua hospital kerajaan. Ianya adalah bertempat di Jabatan Kecemasan Hospital.

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Rosnah Ramly
Penyemak : Dr. Haris Njoo Suharjono

 

Artikel Berkaitan

Keganasan Rumahtangga

Apakah keganasan rumahtangga? Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan

Apa Itu Keganasan

Apakah keganasan? Keganasan boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud. Salah satu

Rogol

Apakah yang dimaksudkan dengan rogol? RAPE IS VIOLENCE Mengikut seksyen

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,436

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia