A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Sistem Reproduktif Lelaki (Organ-organ...

Sistem Reproduktif Lelaki (Organ-organ yang telibat dan laluan sperma semasa ejakulasi)

Pengenalan

Organ-organ sistem pembiakan lelaki bertujuan untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  1. Untuk menghasilkan, menyimpan, dan mengangkut spema (sel pembiakan lelaki) dan cecair ejakulasi (air mani)
  2. Untuk melepaskan sperma ke dalam saluran pembiakan wanita ketika kopulasi
  3. Untuk penghasilan dan perembesan hormon seks lelaki yang bertanggungjawab untuk memelihara sistem pembiakan lelaki

Organ-Organ yang Terlibat:

Organ-organ yang terlibat dalam sistem pembiakan lelaki terletak di luar tubuh struktur luaran ini termasuk zakar, kerandut buah zakar, dan buah zakar.

Male reproductive (bm)

Zakar : Organ yang mengalami ereksi ketika kopulasi untuk menyalurkan sperma dan cecair ejakulasi ke dalam vagina
Kerandut buah zakar : Satu kantung yang melindungi buah zakar dan terletak di belakang bawah Zakar. Suhu kerandut buah zakar sekurang-kurangnya satu darjah celcius kurang dari suhu badan
Buah Zakar (testis) : Berupa organ bujur yang terletak dalam kerandut buah zakar. Ia berfungsi untuk menghasilkan hormon testosterone (hormone seks lelaki)dan juga penghasilan sperma

Organ-organ dalaman yang terdapat dalam sistem pembiakan lelaki juga dikenali sebagai organ – organ aksesori. Organ-organ ini termasuk:

Epididimis : Merupakan tiub bergelung panjang yang terletak di bahagian belakang setiap buah zakar. Ia berfungsi untuk mengangkut dan menyimpan sperma sehingga ia matang.
Vas deferens : Merupakan tiub panjang yang menghubungkan epididimis dan rongga pelvik. Ia berfungsi sebagai saluran yang membawa sperma matang ke urethra.
Saluran ejakulatori : Terbentuk daripada gabungan vas deferens dan seminal vesikel. Bahagian ini
berhubung dengan urethra.
Uretra : Tiub yang mengangkut cecair ejakulasi dan urin.

Sistem pembiakan lelaki juga dilengkapi dengan kelenjar-kelenjar aksesori untuk menghasilkan rembesan yang menjadi sebahagian daripada cecair ejakulasi. Kelenjar ini termasuk:

Kelenjar prostat : Terletak di bawah pundi kencing sebelah hadapan rectum. Ia menghasilkan cecair tambahan untuk cecair ejakulasi yang membekalkan nutrien kepada sperma.
Kelenjar Bulbourethral : Terletak di bawah kelenjar prostat dan menghasilkan, cecair jernih yang dirembeskan di urethra. Ia berfungsi untuk melincirkan uretra dan untuk meneutralkan sebarang keasidan yang mungkin wujud disebabkan oleh sisa urin.
Vesikel seminal : Terletak di belakang pundi kencing dan menghasilkan beberapa cecair tambahan yang menyumbangkan lebih daripada 70% kandungan cecair ejakulasi yang sedikit beralkali.

Laluan Sperma Semasa Proses Ejakulasi

Ringkaskan di bawah adalah laluan sperma semasa ejakulasi, bermula dari proses spermatogenesis yang berlaku di dalam tubul seminiferus.

Spermatogenesis (dalam tubul seminiferus) ? epididimis ? vas deferens ? salur ejakulasi ? uretra ? sperma dibawa keluar dari tubuh lelaki semasa ejakulasi

Kesimpulan

Organ-organ ini bekerja bersama-sama untuk menghasilkan sperma (gamet lelaki) dan lain-lain komponen cecair ejakulasi. Ia membentuk satu sistem untuk menyalur cecair ejakulasi(air mani) keluar dari badan dan ke dalam faraj di mana persenyawaan dengan oosit mungkin akan berlaku untuk membentuk zigot.

Rujukan

  1. Alcamo, E., & Bergdahl, J. (2003). Anatomy Coloring Workbook. Coloring Workbooks Series. Princeton Review. New York. Pg. 260-262. ISBN 0375763422.
  2. Basu, S. C. (2011). Male Reproductive Dysfunction. Jaypee Brothers Publishers. Jaypee Brothers Publishers. New Delhi. Pg. 15-19. ISBN 9350252201, 9789350252208
  3. Clark, R. K. (2005). Anatomy and Physiology: Understanding Human Body. Jones & Bartlett Learning. United States of America. Pg. 171-173. ISBN 0763748161, 9780763748166
  4. Reis, A. B. & Oliveira, M. M. R. (2014). Surgery, Vas deferens anastomosis and epididimovasostomy male fertility surgical treatment simulation model using human and bovine placenta. Fertility & Sterility. 169.
Semakan Akhir : 04 Januari 2016
Penulis/Terjemahan : Tajul Ariffin Isa
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,346

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia