A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mata Berair

Pengenalan

Air mata berlebihan boleh disebabkan oleh dua mekanisma, penghasilan air mata berlebihan atau penyumbatan pada saliran air mata. Kadangkala kedua-dua mekanisma tersebut boleh berlaku serentak.

Air mata dihasilkan oleh kelenjar lakrimal yang terletak pada bahagian lateral mata. Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua lubang kecil yang dipanggil punktum yang terletak dibahagian medial kelopak mata atas dan bawah. Apabila mata berkelip, air mata akan dialirkan ke dalam lubang tersebut dan seterusnya mengalir ke ruang/rongga hidung melalui saluran nasolakrimal. Mata akan berair sekiranya berlaku penyumbatan saluran nasolakrimal.

Penyumbatan Saluran Nasolakrimal

Penyumbatan pada sistem saliran ini selalunya tidak mendatangkan kesakitan tetapi ia menyebabkan pengumpulan airmata berlebihan dalam mata. Pengeluaran airmata yang berterusan memaksa pesakit mengesatnya sepanjang hari. Lelehan airmata yang berterusan dan perbuatan sering mengesat airmata boleh menyebabkan kulit di sekeliling mata melecet. Sekiranya keadaan ini berterusan, akan menyebabkan jangkitan kuman pada kantung lakrimal (lacrimal sac) dan ini menyebabkan kebengkakkan di tepi hidung yang terlibat dan pesakit akan merasa sakit dan biasanya perlu di masukkan ke wad untuk rawatan.

Gambarajah menunjukkan sistem saliran airmata

Penyiasatan yang dijalankan ialah ‘syringing’ untuk menentukan lokasi yang tersumbat. Ini adalah penting untuk menentukan teknik pembedahan yang akan dijalankan. Pembedahan bertujuan bagi menghasilkan saliran baru untuk pengaliran keluar air mata ke ruang hidung. Ini dapat melegakan keadaan pesakit.

Keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan mata berair adalah seperti berikut.

1. Konjunktivitis

Jangkitan kuman pada mata menyebabkan mata berair, bertahi, merah dan bengkak pada kelopak mata.

2. Masalah pada kornea

Gangguan pada lapisan kornea seperti luka pada kornea, dan bendasing pada kornea boleh menyebabkan mata berair dan rasa berpasir di dalam mata atau sakit.

Gambar menunjukkan kornea yang luka

3. Ektropion

Kedudukan kelopak mata yang terpusing keluar menyebabkan kekeringan kornea dan kedudukan punktum yang tidak sempurna, lantas menyebabkan air mata bertakung dan tidak mengalir ke ruang / rongga hidung.

Gambar mata dengan ektropion kelopak mata

4. Entropion

Kedudukan kelopak mata yang terpusing ke dalam menyebabkan bulu mata menyentuh dengan bahagian kornea. Ini menyebabkan luka pada kornea daniritasi yang boleh merangsang kesakitan lantas menyebabkan pengeluaran airmata yang banyak.

Gambar mata dengan entropion

5. Glaukoma Kongenital

Mata berair di kalangan bayi selalunya disebabkan oleh kelewatan pembukaan saluran nasolakrimal. Keadaan ini biasanya sembuh apabila kanak-kanak membesar. Walaubagaimanapun, mata berair di kalangan kanak-kanak mungkin merupakan tanda-tanda glaukoma kongenital yang memerlukan diagnosa rawatan awal oleh doktor mata. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kebutaan.

Gambar mata dalam kes glaukoma congenital

(Mata akan kelihatan besar dan ketara beserta kornea yang legap).

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Juling

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua

Ketumbit

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,474

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia