A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Semasa proses penuaan berlaku, bilangan sel saraf di bahagian otak berkurangan. Berat otak berkurangan sebanyak 20% pada umur 90 tahun, kehilangan urat saraf tertentu sebanyak 5 hingga 50% dan sel juga akan mengecut. Warga emas mungkin bertindak dan melakukan kerja dengan lebih perlahan. Walau bagaimanapun, kemerosotan fungsi otak yang keterlaluan bukan sebahagian daripada proses penuaan normal.

Tanda dan gejala

  • Sebahagian fungsi otak juga mungkin berkurangan termasuklah kebolehan mempelajari perkataan baru, ingatan jangka pendek, kebolehan mempelajari bahan baru, dan kebolehan mengingati kembali perkataan.
  • Selepas umur 60 tahun, bilangan sel di bahagian saraf tunjang mulai berkurangan. Akibatnya, warga emas akan mengalami pengurangan deria rasa.
  • Semasa proses penuaan, saraf akan menghantar signal atau isyarat dengan lebih perlahan. Masa bertindak balas biasanya akan merosot tetapi tidak ketara sehingga umur 75 tahun. Biasanya, perubahan ini adalah minimum dan tidak disedari.
  • Tambahan pula, tindakbalas sistem saraf terhadap kecederaan juga berkurangan. Urat saraf akan membaik pulih sendiri dengan lebih perlahan dan tidak sempurna di kalangan warga emas. Oleh itu, warga emas lebih cenderung mendapat kecederaan urat saraf.

Penyakit

  • Kesemua perubahan ini adalah lebih ketara di kalangan pesakit Alzheimer’s (nyanyuk).
  • Untuk warga emas dengan masalah saraf, deria sentuh mungkin tidak normal atau hilang, kelemahan atau lumpuh anggota badan mungkin terjadi.
  • Sebahagian masalah saraf boleh menyebabkan kesakitan atau sensasi lain yang tidak diingini.
  • 2 keadaan yang menyebabkan masalah urat saraf dikenali sebagai neuralgia dan neuropathy.
  • Neuralgia merujuk kepada kesakitan yang tidak semestinya melibatkan kerosakan saraf.
  • Neuropathy merujuk kepada kerosakan urat saraf yang tidak semestinya menyebabkan kesakitan. Neuropathy boleh menyebabkan kesakitan, sensasi luar biasa, kehilangan sensasi, kelemahan, atau mana-mana kombinasi. Sekali-sekala, neuropathy akan menjejaskan fungsi badan seperti tekanan darah atau perpeluhan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Kulit

Semasa proses penuaan, kulit menjadi lebih nipis, kurang elastik dan kedutan halus pada kulit mudah terbentuk. Tambahan pula, pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan boleh menyebabkan pembentukan kedutan dan menjadikan kulit semakin kasar.

Mata

Mata merupakan organ deria yang paling dihargai oleh kebanyakan orang

Sistem Pertahanan Badan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,436,814

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia