A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Forensik
  6. /
  7. Menuntut Mayat: Tahukah Anda?

Menuntut Mayat: Tahukah Anda?

Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan/Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut.

Pengenalan

Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan/Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut. Penyerahan mayat kepada ahli keluarga atau waris si mati dilakukan dalam situasi berikut:

  1. Bagi kes kematian biasa di wad, ahli keluarga atau waris boleh menuntut selepas segala dokumen lengkap diisi di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik.
  2. Bagi kes kematian melibatkan medicolegal, tuntutan mayat hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan bedah siasat selesai dilaksanakan dan semua dokumen lengkap diisi.

Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas akan mengenal pasti sama ada si mati adalah kes kematian biasa atau medicolegal, dan memaklumkan anggaran masa mayat boleh dituntut kepada ahli keluarga atau waris, sekiranya melibatkan pemeriksaan bedah siasat.

Pengecaman Mayat

  • Bagi kes kematian biasa, pengecaman mayat akan dilakukan oleh waris.
  • Bagi kes polis, pengecaman mayat dilakukan oleh waris bersama pegawai penyiasat polis yang berkaitan.

Tuntutan Mayat

Butir-butir peribadi ahli keluarga atau waris yang menuntut mayat akan dicatatkan ke dalam Borang Pengendalian Mayat dan Buku Daftar Kematian; atau Forensic Medicine Information System (FMIS) adalah seperti berikut:

  1. Nama waris
  2. No. Kad Pengenalan / Passport
  3. Alamat
  4. Nombor telefon
  5. Hubungan dengan simati
  6. Tarikh dan masa penyerahan

Dokumen-dokumen yang akan diserahkan kepada waris adalah seperti berikut:

  1. Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian atau Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian (Post-Mortem)


     

  2. Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur

Pastikan semua dokumen berkenaan dan barangan peribadi si mati (jika ada) diambil semasa prosedur tuntutan mayat di kaunter Jabatan / Unit Perubatan Forensik. Proses pengurusan mayat oleh pihak hospital dianggap selesai setelah dokumen tersebut diserahkan.

Pengurusan Mayat

Urusan penyempurnaan mayat untuk pengebumian/pembakaran adalah tanggungjawab waris. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat seperti mandi kapan, sembahyang atau pengawetan mayat. Walau bagaimanapun, pihak hospital ada menyediakan tempat untuk pengurusan mayat tanpa sebarang bayaran.

Sila berhubung dengan Penolong Pegawai Perubatan di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik untuk maklumat lanjut kerana terdapat juga hospital yang tidak membenarkan proses penyempurnaan mayat ini dilakukan dalam premis hospital.

Untuk makluman:

  • Kakitangan jabatan/hospital tidak terlibat dalam prosedur pengurusan mayat termasuklah mengiringi mayat dalam perjalanan untuk pengebumian.
  • Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang tidak diingini yang berlaku setelah mayat dituntut.
  • Sekiranya waris ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan mayat milik hospital, bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil. Kadar bayaran bergantung kepada jarak perjalanan. Bawa kembali resit bayaran yang telah dibuat ke kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik untuk proses selanjutnya.

Pendaftaran Kematian

Ahli keluarga atau waris si mati dinasihatkan untuk mendapatkan Sijil Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara selepas tempoh masa tiga hari bekerja. Sila bawa bersama:

  1. Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957 (Seksyen 4(1) Kaedah 5 – JPN.LM02 (Pin1/11)
  2. Kad pengenalan si mati

Bagi pendaftaran kematian di Sabah, berikut ialah dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran kematian. Sila pastikan ia diterima di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik:

  1. Slip MF13 dan Borang B (JPN)

  2. Borang B – Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah, 1951(Cap.123)

  3. Kad pengenalan si mati

Bagi pendaftaran kematian di Sarawak, berikut ialah dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran kematian. Sila pastikan ia diterima di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik:

  1. Form VIII Medical Certificate of Cause of Death (BD9/68) atau Form IX Medical Certificate of Cause of Death (After Post-Mortem) (BD10/68)

     

  2. Kad pengenalan si mati

Penyerahan Mayat Warga Asing

Pihak kedutaan yang berkenaan perlu dimaklumkan untuk pengesahan taraf warganegara si mati sebelum mayat tersebut diserahkan kepada waris / pihak yang diberi kuasa.

Pihak yang menuntut mayat hendaklah berhubung sendiri dengan operator pengebumian berdasarkan kepada Garis Panduan Pengimportan Atau Pengeksportan Mayat Atau Mana-mana Bahagiannya (Edisi Pertama) 2006.

Rujukan

  1. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2012 Standard Operating Procedures of Forensic Medicine Services : No. Rujukan KKM87/P1/34/8 Jld 4 (76) bertarikh 22 Februari 2012

 

Semakan Akhir : Februari 2024
Penulis / Penterjemah : Salina bt. Hisham
Penyemak : ChM. Dr. Khairul Adli bin Nikman

 

Artikel Berkaitan

Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Peralatan Perlindungan Diri (PPE) melindungi pekerjaan kesihatan daripada dua bahaya utama, iaitu radiasi dan agen biologi (virus, bakteria, dan lain-lain). Agen biologi boleh berpindah dari individu ke individu melalui sentuhan secara langsung atau tidak langsung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,823

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia