A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Kesan Merokok Terhadap Penyembuhan...

Kesan Merokok Terhadap Penyembuhan Selepas Pembedahan Mulut

Pengenalan

Merokok merupakan satu tabiat yang semakin berleluasa di kalangan lelaki mahupun perempuan dinegara ini.  Merokok memberi kesan buruk kepada hampir seluruh organ dalaman tubuh badan kita. Merokok juga dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, arterosklerosis, penyakit paru-paru seperti pneumonia, obstruktif pulmonari kronik dan punca kepada pelbagai jenis kanser.

Selain itu, tabiat merokok  memberi implikasi negatif terhadap penyembuhan selepas pembedahan mulut. Ini adalah kerana kandungan bahan bahan di dalam tembakau dan asap rokok seperti  nikotin, kotinin, karbon monoksida dan hidrogen sianida adalah toksik kepada sel-sel yang terlibat dalam penyembuhan selepas pembedahan mulut.

Jenis-jenis prosedur penyembuhan selepas pembedahan mulut adalah seperti :

  1. Jangkitan kuman di dalam soket cabutan gigi

    Ini adalah kerana bahan- bahan dalam asap rokok menyebabkan aliran darah ke dalam soket cabutan tersekat dan menghalang penyembuhan selepas cabutan gigi.  Bahan-bahan di dalam asap rokok pula akan  menghalang pembentukan gumpalan darah yang membantu proses penyembuhan. Kajian menunjukkan merokok selepas cabutan gigi boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam soket cabutan.


    Jangkitan kuman di dalam soket cabutan gigi

  2. Kegagalan implan gigi

    Merokok juga merupakan penyebab utama kegagalan implan kerana kegagalan penyembuhan tisu di sekeliling implan gigi menyebabkan kehilangan struktur tulang penyokong implan tersebut.


    Implan gigi terdedah disebabkan kegagalan penyembuhan tisu dan tulang di sekeliling implan

  3. Kegagalan penyembuhan tulang selepas kecederaan tulang muka

    Kajian menunjukkan kehadiran nikotin dalam asap rokok menghalang  fungsi sel-sel osteoblast yang berfungsi menghasilkan tulang yang baru. Merokok selepas pembedahan patah tulang muka boleh mengakibatkan pendedahan plat dan skru disebabkan ketidakbolehan penyembuhan tisu mulut. Jangkitan kuman selepas pembedahan kecederaan tulang muka juga amat kerap disebabkan oleh tabiat merokok. Tabiat merokok juga boleh menyebabkan risiko tinggi semasa pembedahan dibawah anestesia am.


    Plat terdedah selepas pembedahan kepatahan tulang rahang

  4. Kegagalan rawatan periodontium

    Kegagalan rawatan gusi dikaitkan dengan tabiat merokok. Mereka yang terus merokok selepas rawatan gusi akan mengalami risiko 50% kemerosotan dalam penyembuhan rawatan berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Contoh-contoh rawatan pembedahan gusi yang boleh terjejas adalah:

    • Pembersihan terbuka – kalkulus dibuang di atas permukaan akar gigi di dalam poket
    • Grafting tulang – Tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan di tempatkehilangan tulang.
    • Regenerasi tisu terkawal- Membran diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium

Nasihat kepada perokok yang ingin mendapatkan rawatan pembedahan mulut

Harus diingatkan bahawa tabiat merokok memberi banyak kesan buruk terhadap kesihatan kita. Oleh itu, tabiat tersebut harus dihentikan sama sekali. Bagi perokok yang ingin menjalani prosedur pembedahan mulut dibawah anestesia am, disarankan untuk berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum pembedahan untuk mengelakkan komplikasi anestesia. Elakkan merokok sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan mulut supaya proses penyembuhan luka tidak terjejas.

Rujukan

  1. Balaji SM. Tobacco smoking and surgical healing of oral tissues: A review. Indian J Dent Res 2008;19:344-8
  2. Burns JL, Mancoll JS, Phillips SG. Impairments of wound healing. Clin plastic surg 2003;30: 47-56
  3. Hollinger JO, Schmitt JM, Hwang K, Soleymani P, Buck D. Impact of nicotine on bone healing. J Biomed Mater Res 1999;45:294-301
  4. Grossi SG, zambon J, Machtei EE, Schifferie R, Andreana S, Genco RJ,et al. Effects of smoking and smoking cessation on healing after mechanical periodontal therapy. J Am Dent Assoc 1997;128:599-607
  5. Levin L, Schwartz-Arad D. The effect of cigarette smoking on dental implants and related surgery. Implat Dent 2005;14:357-61

 

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis : Dr. Vimahl Dass a/l Paramanandam
Akreditor : Dr. Ravindran a/l Murugesan

 

Artikel Berkaitan

Ortodontik Bagi Orang Dewasa

Maloklusi didefinisikan sebagai keadaan di mana kedudukan gigi, rahang atau kombinasi kedua-duanya berada pada posisi atau susunan yang tidak betul. Biasanya, orang yang mempunyai gigi yang tidak cantik atau tidak teratur akan berasa malu untuk senyum.

Indikasi Rawatan Korona Pergigian

Korona pergigian ialah sejenis prostesis tetap pergigian yang menutupi keseluruhan atau sebahagian gigi atau implan. Ia bertindak sebagai lapisan yang paling luar gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,580

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia