A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jantung

Semasa proses penuaan, jantung dan saluran darah seseorang warga emas itu mengalami pelbagai perubahan. Senaman secara berkala boleh mengurangkan banyak kesan proses penuaan terhadap jantung and saluran darah.

Pengenalan

  • Semasa proses penuaan, jantung dan saluran darah seseorang warga emas itu mengalami pelbagai perubahan.
  • Senaman secara berkala boleh mengurangkan banyak kesan proses penuaan terhadap jantung and saluran darah.

Tanda dan gejala

  • Dinding saluran arteri menjadi tebal dan kurang elastik. Oleh itu, saluran arteri menjadi kurang berkemampuan untuk berubah mengikut amaun darah yang mengalir melaluinya.Oleh itu, tekanan darah adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang lebih muda.
  • Tambahan pula, dinding jantung menjadi lebih kaku dan jantung akan diisi dengan darah dengan lebih perlahan. Walaupun perubahan ini berlaku, jantung seorang warga emas yang normal masih boleh berfungsi dengan baik.
  • Semasa rehat, perbezaan di antara jantung untuk warga emas dan orang yang lebih muda adalah tidak ketara. Perbezaan menjadi ketara hanya apabila jantung seseorang warga emas perlu bekerja dengan lebih kuat. Ini berlaku apabila seseorang warga emas itu perlu melakukan senaman yang kuat atau semasa sakit. Jantung warga emas tidak mampu menambahkan kadar denyutan dan kekuatan denyutan seperti yang mampu dilakukan oleh jantung orang muda.
  • Penambahan ketebalan dinding jantung sebelah kiri (left ventricular) adalah biasa semasa proses penuaan; tetapi pesakit dengan tekanan darah tinggi akan mengalami perubahan ini dengan lebih ketara.
  • Lain-lain perubahan normal semasa proses penuaan termasuklah pembesaran ruang jantung sebelah kiri (atrium dan ventricular) dan bayang jantung di X-ray dada tetapi ia tidak mempunyai kesan ketara.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Mata

Mata merupakan organ deria yang paling dihargai oleh kebanyakan orang

Otot

Selepas berumur 30 tahun, jumlah dan saiz fiber otot berkurangan secara perlahan dan menyebabkan penurunan dalam otot skeletal dan jisim badan. Proses ini dinamakan “sarcopenia”

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,673

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia