A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Kesilapan – Kesilapan Memberus...

Kesilapan – Kesilapan Memberus Gigi

Pengenalan

Saya berus gigi setiap hari, kenapa gigi saya masih tidak bersih? Kenapa gusi saya berdarah semasa memberus gigi? Kenapa masih ada karang gigi? Soalan ini seringkali ditanyakan.

Amalan memberus gigi setiap hari adalah lumrah dalam kehidupan seseorang. Seperti mana-mana tabiat lain, lama  kelamaan perbuatan ini dilakukan secara separa sedar atau sambil lewa dan  tidak bersungguh-sungguh. Sesetengah orang  kadangkala  memberus gigi   mereka sambil  pejam mata!  Apabila ini berlaku, proses memberus gigi tidak akan berkesan.  Meskipun  gigi  diberus beberapa kali dalam sehari, ianya tetap kotor, masalah pergigian  seperti  gusi berdarah, bengkak gusi atau kerosakan  gigi  mungkin  berlaku. Kenapa dan mengapa ini terjadi? Ini berlaku kerana terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan semasa memberus gigi

Kesilapan-Kesilapan Semasa Memberus Gigi

  1. Berus
    • Saiz tidak sesuai dengan mulut
    • Bahagian pemegang berus tidak sesuai/tidak selesa
    • Bentuk kepala berus tidak sesuai
    • Bulu berus keras atau telah rosak
  2. Cara Memberus
    • Memberus gigi dengan cepat dan ringkas
    • Tidak kerap memberus gigi (kekerapan kurang)
    • Tidak memberus semua permukaan gigi dan gusi
    • Cara memberus salah
  3. Amalan Penjagaan Berus
    • Tempat dan cara menyimpan berus tidak sesuai
    • Berus tidak dibersihkan selepas diguna
    • Tempoh penggunaan berus gigi

Apakah Kesan Kesilapan Memberus Gigi?

KATEGORI KESILAPAN

SEBAB

AKIBAT

Pemilihan Berus

  • Berus gigi saiz besar

  • Bentuk kepala berus 4 segi

  • Pemegang berus gigi tidak sesuai

  • Bulu berus yang keras

Plak gigi dan sisa makanan tidak akan dapat dibersihkan. Kotoran ini boleh mengakibatkan nafas berbau dan lama-kelamaan memberi kesan kepada gusi dan gigi

Cara Memberus Gigi

  • Memberus dengan ringkas dan cepat, kurang dari 2 minit serta kurang dari 2 kali sehari

  • Memberus gigi cara sehala.

  • Tidak memberus permukaan luar dan dalam gigi.

  • Tumpuan pada gigi hadapan dan permukaan mengunyah gigi geraham sahaja.

  • Memberus gigi di titik mula yang sama setiap kali memberus

Berus tidak mengena pada semua permukaan gigi menyebabkan sisa makanan atau plak gagal dibersihkan.

  

 

Memberus gigi secara mendatar akan menghakis permukaan gigi dan mengakibatkan masalah gigi sensitif (ngilu). Memberus secara menegak tidak boleh membuang kotoran di celah gigi dan gusi.  Ini akan mengakibatkan kerosakan gigi dan radang gusi

Gigi diawal titik mula memberus akan lebih bersih dari bahagian gigi yang terkemudian

Penjagaan Berus

  • Berus gigi tidak dibersihkan selepas diguna

  • Berus disimpan dalam satu bekas, di bilik air.

  • Berus diguna lebih dari 3 bulan

Kotoran dan sisa makanan di celah bulu berus akan membiak kuman

Mengumpul berus-berus gigi dalam satu bekas, di dalam bilik air adalah amalan yang tidak bersih kerana keadaan ini merangsang pembiakan kuman pada berus-berus tersebut.

Bulu berus gigi akan mengeras dan kembang, keadaan ini menjejas tahap kebersihan gigi dan gusi semasa memberus

Amalan Memberus Gigi Yang Baik

  • Pilih saiz berus yang sesuai dengan saiz mulut
  • Reka bentuk pemegang yang sesuai dan selesa
  • Pastikan bulu berus gigi tidak terlalu keras
  • Memberus gigi secara betul dan berkesan (rujuk kesihatan pergigian_cara memberus gigi dengan betul)
  • Ambil masa untuk memberus ( 2-3 minit)
  • Berus gigi sekurang-kurang 2 kali sehari (pagi dan malam sebelum tidur). Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi. Penggunaan flos gigi adalah sangat membantu bagi mengeluarkan plak gigi atau sisa makanan di celah gigi.
  • Memberus gigi termasuk permukaan atas lidah. Penggunaan alat mengikis lidah (tongue scraper) adalah dibenarkan. Perbuatan ini dapat mengurangkan jumlah kuman (bakteria) dan meningkatkan kebersihan mulut.
  • Jangan berkongsi berus gigi. Amalan ini menggalakkan penyebaran kuman.
  • Amal berkumur setiap kali selepas makan dan setiap kali selepas memberus gigi kerana perbuatan ini akan membantu mengeluarkan sisa makanan dan kotoran
  • Berus gigi disimpan dalam bekas berasingan dan ditempat yang kering/ ada peredaran udara, bagi mengelak daripada pembiakan kuman
  • Ganti berus gigi setiap 3 bulan atau apabila bulu berus telah kembang.

Rujukan

  1. 10 toothbrushing mistakes: How to brush Teeth the Right way. WebMD Feature.
    By Kathleen Doherty, reviewed by Alfred D. Wyatt Jr, DMD (http://www.webmd.com/oral-health/healthy-teeth-10/brushing-teeth-mistakes) Retrieved 12/03/2013
  2. 10 Toothbrushing Mistakes You Are Making-Yahoo! Lifestyle India (http://in.lifestyle.yahoo.com/10-toothbrushing-mistakes-making-121630284.html) Retrieved 12/03/2013
  3. How To Avoid Teeth Brushing Mistakes Step By Step. WebMD Feature. “10 toothbrushing Mistakes”. American Dental Association. Reviewed by Brunilda Nazario, MD on August 09,2011 (http://www.webmd.com/oral-health/how-to-protect-your-family-teeth/brushing-mistakes) Retrieved 12/03/2013
  4. Avoid These Common Toothbrushing Mistakes (http://www.meditrenz.com/avoid-these-common-toothbrushing-mistakes.html) Retrieved 12/03/2013
  5. Brushing Teeth-Proper Techniques for Brushing Your Teeth. (http://colgate.com/app/CP/US/EN/OC/Information/Articles/Ora…) Retrieved 4/3/2013
  6. Penyakit Periodontium (gusi). (www.myhealth.gov.my)
  7. Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik. (www.myhealth.gov.my)
  8. Memberus gigi. (www.myhealth.gov.my)

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Rohani bt. Che Awang
Akreditor : Dr. Savithri a/p Vengadasalam
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,604

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia