A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah itu kemurungan?

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Mengapa seseorang mengalami kemurungan?

Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:

  • Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
  • Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
    • Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
  • Penyakit kronik
    • Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
  • Ciri-ciri peribadi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
    • Contoh: Steroid, ubat cegah kanser

Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?

Ciri-ciri kemurungan termasuklah:

  • Sentiasa sedih dan menangis
  • Mudah tersinggung
  • Tidak bermaya
  • Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
  • Rasa bersalah yang tidak menentu
  • Sakit – sakit badan
  • Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
    • Contoh: Sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
  • Jauhkan diri daripada sahabat dan keluarga
  • Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri

Bagaimana anda membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah:

  • Menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti
    • Ibu bapa
    • Ahli keluarga yang dipercayai
    • Kaunselor sekolah
    • Guru agama
  • Jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan
    • Mendengar
    • Menghibur hati
    • Menasihati

ATAU

Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

  • Doktor
  • Ahli Psikologi
  • Pakar Psikiatri

“Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan”

Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada bantuan diberikan?

Terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani. Ini termasuklah:

  • Kesan ke atas Psikologi. Contoh:
  • Kesan ke atas sosial. Contoh :
    • Pencapaian sekolah yang semakin merosot
    • Ponteng
    • Penyalahgunaan dadah atau minuman keras

Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?

Pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan”

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Hj. Mohd Nizam bin Abdul Ghani
Penyemak : Dr. Mohd Ariff Bin Mohd Noor

 

Artikel Berkaitan

Ketum

Pengenalan Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Sexting

Apa itu sexting? Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej atau

Membina Badan

Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,435,960

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia