A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Rawatan Haba dan Rawatan...

Rawatan Haba dan Rawatan Sejuk

Penggunaan rawatan ais dan haba adalah rawatan yang mudah, berpatutan dan efisien terutama dalam merawat masalah muskuloskeletal.

Penggunaan rawatan ais dan haba adalah rawatan yang mudah, berpatutan dan efisien terutama dalam merawat masalah muskuloskeletal. Kedua-dua kaedah rawatan kegemaran ini bertindak mengurangkan kesakitan kecederaan tisu dan otot secara semula jadi (Garra, 2010). memandangkan fungsi kedua-dua rawatan ini adalah bagi mengurangkan kesakitan, Berikut adalah nasihat daripada Fisioterapis mengenai penggunaan rawatan secara terperinci.

Apakah itu rawatan haba?

Dalam istilah perubatan, rawatan haba juga dikenali sebagai ‘thermotherapy’ (termoterapi). Ia merupakan sejenis rawatan terapeutik yang akan menyebabkan peningkatan suhu dalam tisu dan badan. Antara jenis rawatan termoterapi ialah, pek panas (hot pack), Shortwave dan lain-lain. Semua modaliti ini mempunyai kesan patofisiologi seperti meningkatkan suhu dalam tisu, meningkatkan metabolisme, melancarkan pengaliran darah serta meregangkan ketegangan tisu. (Jadual 1).

Apakah itu rawatan Ais?

Rawatan ais pula merupakan rawatan terapeutik yang boleh menurunkan suhu dalam tisu. Apakah yang dimaksudkan dengan menurunkan suhu dalam tisu? Berbeza dengan rawatan panas, rawatan ais dapat mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu. Contoh modaliti ais yang sering digunakan oleh Fisioterapi adalah seperti pek ais, cold bath, ice massage dan vaporizing spray. Gambarajah di bawah menunjukkan kesan-kesan kedua-dua rawatan.

Rawatan

Ais

Panas

Kekejangan

arrow 1

arrow 1

Pengaliran Darah

arrow 1

arrow 2

Inflamasi

arrow 1

arrow 2

Bengkak

arrow 1

arrow 2

Kelenturan

arrow 1

arrow 2

Sakit

arrow 1

arrow 1

Gambarajah 1: Kesan Patofisiologi rawatan ais dan haba (Nadler et al., 2004)

Bilakah anda perlu menggunakan rawatan ais dan rawatan haba?

Rawatan Ais – Apabila menggunakan perawatan ais, vasokonstriksi akan berlaku pada saluran darah yang seterusnya dapat mengurangkan bengkak dan proses inflamasi. Penurunan suhu dalam tisu akan memberi kesan analgesik dan kebas untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Oleh itu, rawatan ais sering digunakan dalam 24-28 jam selepas kecederaan berlaku dan fasa ini juga dikenali sebagai fasa akut (Bleakley, 2004) dan (Watson, 2008).

Rawatan Haba – Dilatasi pada saluran darah akan berlaku apabila menerima rawatan haba. Proses dilatasi ini akan mempercepatkan pengaliran darah dan seterusnya membawa lebih nutrien dan oksigen kepada tisu yang di rawat (Cameron, 2009, p.156). Lazimnya, rawatan haba merupakan rawatan yang sesuai untuk digunakan dalam fasa kronik.

Indikasi rawatan ais dan haba (Nadler et al., 2004)

  Kondisi
Rawatan Ais
  • kecederaan yang baru / akut
  • muscle spasm
  • keradangan
Rawatan Haba
  •  kesakitan otot yang bukan baru
  • senggugut

Cara-cara untuk mengaplikasi pek ais (Watson, 2008, p. 128)

pek ais pek ais2 pek ais3
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
  1. Pastikan bahagian yang cedera sesuai untuk penggunaan pek ais.
  2. Tuala atau kain basah perlu di letakkan di antara pek ais dan bahgian badan yang di rawat. Ini adalah untuk mengelakkan cedera berikutan suhu pek ais yang terlalu sejuk.
  3. Pek ais boleh diletak di bahagian badan yang cedera selama 20 minit.

Cara-cara aplikasi pek panas (Watson, 2008, p. 131)

pek panas pek panas2 pek panas3
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3

Sebelum pek panas digunakan, pek panas tersebut haruslah direndam di dalam air panas yang bersuhu antara 36°C -41°C.

  1. Sebelum menggunakan pek panas, pastikan bahagian tersebut selamat menggunakan pek panas.
  2. Seperti pek ais, pek panas juga memerlukan pelapik. Beberapa lapis tuala mandi yang lebat di syorkan (6 – 8 lapisan) untuk mengelakkan kulit daripada melecur. Anda harus rasa haba yang suam BUKAN panas
  3. Penggunaan pek panas adalah selama 15 – 20 minit.

Perkara yang perlu dititik beratkan apabila menggunakan rawatan ais dan haba

Rawatan ais dan haba sememangnya mudah dan selamat digunakan, tetapi pengguna harus berwaspada dengan risiko semasa menerima rawatan tersebut. Gambarajah 2 menunjukkan langkah yang perlu dititik beratkan semasa rawatan ais/panas dijalankan.

  Terapi Haba Terapi Ais
Langkah berjaga-jaga
  • luka
  • Pendarahan semasa/berterusan
  • Kekurangan deria rasa pada tempat yang cedera
  • Luka serius/dalam
  • Hipertensi
  • Kekurangan deria rasa pada tempat yang cedera
  • Pada urat saraf yang berada di bawah permukaan kulit

Gambarajah 2 : Langkah berjaga-jaga ketika menggunakan rawatan ais dan panas (Cameron, 2009, p.141 & p.157)

Kesimpulannya, rawatan sejuk dan panas seharusnya digunakan mengikut kesesuaian dan jenis kecederaan yang dialami. Penggunaan rawatan yang betul akan memberi manfaat seperti mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan kesakitan, mengurangkan atau memberhentikan pendarahan, meminimakan bengkak dan mempromosikan kelenturan yang maksima. Ini semua membantu penyembuhan tisu. Sekiranya rawatan rawatan ini tidak di laksanakan dengan betul, ia boleh memudaratkan pemyembuhan atau pun menjadikan keadaan lebih teruk.

Rujukan

  1. Bleakley, C., McDonough, S., & MacAuley, D. (2004). The use of ice in the treatment of acute soft-tissue injury: A systematic review of randomized controlled trials. The American Journal of Sports Medicine, 32(1), 251-261.
  2. Cameron, H. M. (Ed.). (2009). Physical agents in rehabilitation from research to practice (Third Edition ed.). USA: Saunders Elsevier
  3. Garra, G., Singer, A. J., Leno, R., Taira, B. R., Gupta, N., Mathaikutty, B., et al. (2010). Heat or cold packs for neck and back strain: A randomized controlled trial of efficacy. Academic Emergency Medicine, 17(5), 484-489.
  4. Nadler, S. F., Weingand, K., & Kruse, R. J. (2004). The physiologic basis and clinical applications of cryotherapy and thermotherapy for the pain practitioner. Pain Physician, 7(3), 395-400.
  5. Watson, T. (2008). Electrotherapy: Evidence-based practice Elsevier Health Sciences.

Rujukan Gambar

1. (2015) Unit Fisioterapi, Sarawak General Hospital. Di ambil September 4 2015.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Ismail bin Damit
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi bagi Tennis Elbow

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,790

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia