A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Audiologi
  6. /
  7. Pemilihan Rekabentuk Alat Bantu...

Pemilihan Rekabentuk Alat Bantu Pendengaran

Terdapat beberapa rekabentuk alat bantu dengar yang boleh didapati di pasaran. Setiap satu rekabentuk mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Terdapat beberapa rekabentuk alat bantu dengar yang boleh didapati di pasaran. Setiap satu rekabentuk mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau Pegawai Audiologi perlu membuat pemilihan yang sesuai bagi memastikan pesakit mendapat manfaat sewajarnya dari alat bantu dengar.

Berikut merupakan rekabentuk atau jenis alat bantu dengar;

1. Belakang Telinga


Sumber Gambar: www.acoustichearingclinics.
com.au/ upload/ images/
hearing-aid-models-sizes-
720px(1).jpg
Kesesuaian

  • Semua tahap pendengaran
  • Semua peringkat umur
  • Pesakit yang tiada masalah mengendalikan peralatan kecil atau halus

Kelebihan

  • Lebih mudah diurus/diselenggara
  • Pelaras suara lebih mudah
  • Mempunyai ciri yang lengkap seperti pelaras suara, butang kawalan dan lain – lain
  • Lebih banyak pilihan warna

Kekurangan

  • Lebih besar berbanding jenis alat yang lain dan mudah dilihat.

 

2. Belakang Telinga


Sumber gambar: http://www.hearingpro.com.au/ upload/ images/ custom-hearing-aids-melbourne.jpg
Kesesuaian

  • Pesakit bermasalah pendengaran pada tahap ringan ke teruk
  • Pesakit dewasa
  • Tiada masalah mengendalikan peralatan kecil atau halus
  • Tiada masalah infeksi/lelehan telinga

Kelebihan

  • Lebih kecil berbanding jenis belakang telinga
  • Mempunyai kebanyakan ciri yang ada pada alat bantu dengar jenis belakang telinga
  • Mudah dipakai

Kekurangan

  • Pelaras bunyi yang kecil
  • Tiada pilihan warna
  • Memerlukan pengendalian yang lebih cermat berbanding jenis belakang telinga

 

3. Dalam Salur Telinga


Sumber Gambar:
http://www.acoustichearing
clinics.com.au/upload/
images/hearing-aid
-models-sizes-720px(1).jpg
Kesesuaian

  • Pesakit bermasalah pendengaran pada tahap ringan ke sederhana
  • Pesakit dewasa
  • Tiada masalah mengendalikan peralatan kecil atau halus
  • Tiada masalah infeksi/lelehan telinga

Kelebihan

  • Kecil
  • Lebih mudah dipakai

Kekurangan

  • Kadangkala pelaras bunyi tidak dapat disertakan kerana terlalu kecil
  • Tiada pilihan warna
  • Memerlukan pengendalian yang lebih cermat

 

4. Sepenuhnya Dalam Salur Telinga


Sumber Gambar:
http://www.acoustichearing
clinics.com.au/upload/
images/hearing-aid
-models-sizes-720px(1).jpg
Kesesuaian

  • Pesakit bermasalah pendengaran pada tahap ringan ke sederhana
  • Pesakit dewasa
  • Tiada masalah mengendalikan peralatan kecil atau halus
  • Tiada masalah infeksi/ lelehan telinga

Kelebihan

  • Sangat kecil dan sukar dilihat orang lain
  • Mudah dipakai

Kekurangan

  • Kadangkala pelaras bunyi tidak dapat disertakan
  • Tiada pilihan warna
  • Memerlukan pengendalian dan pengjagaan yang lebih cermat
  • Mudah hilang kerana saiznya yang kecil

 

5. Penerima Bunyi (Receiver) Dalam Salur Telinga


Sumber Gambar:
http://www.acoustichearing
clinics.com.au/upload/
images/hearing-aid
-models-sizes-720px(1).jpg
Kesesuaian

  • Pesakit bermasalah pendengaran pada tahap ringan ke teruk pada frekuensi tinggi
  • Pesakit dewasa dan kanak-kanak
  • Tiada masalah infeksi/lelehan telinga

Kelebihan

  • Kecil berbanding jenis belakang telinga
  • Lebih mudah dipakai
  • Salur telinga tidak tertutup
  • Ada pilihan warna

Kekurangan

  • Memerlukan penjagaan yang cermat kerana penerima bunyi (receiver) mudah dimasuki tahi telinga

 

6. Alat Bantu Dengar Konduksi Tulang

Kesesuaian

  • Pesakit bermasalah pendengaran jenis konduktif seperti;
    • Tiada cuping telinga
    • Tiada salur telinga atau salur telinga terlalu sempit
    • Ada masalah lelehan telinga

Kekurangan

  • Sangat besar
  • Tidak mempunyai banyak ciri
  • Sesetengah alat tidak mempunyai pelaras bunyi

Rumusan Rekabentuk Atau Jenis Alat Bantu Dengar

Rekabentuk Sepenuh dalam salur telinga (CIC) Dalam Salur Telinga (ITC) Dalam Telinga (ITE) Belakang Telinga (BTE) Penerima Dalam Salur Telinga (RIC) Jenis Konduksi Tulang
Gambarajah  
Tahap Pendengaran Ringan Ke Sederhana Ringan ke Sederhana Ringan ke teruk Ringan ke sangat teruk Masalah pendengaran berfrekuensi tinggi Masalah pendengaran jenis konduktif
Saiz Sangat Kecil Kecil Sederhana Kecil Sederhana / Sangat Besar Sederhana Besar
Pelaras Bunyi
Kesesuaian Dengan Kehadiran Lelehan Telinga
Penampilan Kosmetik
Ciri
Utama
Masalah Kawalan Motor Tangan atau Jari
Pilihan Warna

Rujukan

  1. Applied Audiology Sevices. (n.d). Factors to considers when choosing hearing aid. Retrieved Nov 22, 2012 from http://www.appliedaudiology.net
  2. Cox.R.M (1985). A Structural Approach of Hearing aid Selection. Ear & Hearing. (6) 226-239
  3. Ministry of Health. (2012). Guideline for hearing aid prescription and fitting Retrived Nov 22, 2012 from http://www.moh.gov.my
Semakan Akhir : 4 Ogos 2017
Penulis : Faizzudin b. Mohamad
Akreditor : Sharifah Zainon bt. S. Mohd Khan

Artikel Berkaitan

Latihan Auditori

Latihan auditori ialah proses mengajar otak untuk mendengar. Ia merupakan proses mengajar individu bermasalah pendengaran.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,609

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia