A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Bayi Umum
  6. /
  7. Senaman & Kesihatan Anak-anak

Senaman & Kesihatan Anak-anak

Pengenalan

Definisi Senaman

Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulang-kali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.

 

Kesan Tidak  Bersenam

Kurang atau tidak bersenam pada usia kanak-kanak boleh menyebabkan:-

  • Berlebihan berat badan atau obesiti: 6% kanak-kanak di Malaysia mengalami berlebihan berat badan
  • Berisiko menghidapi Diabetes Melitus jenis 2.
  • Peningkatan risiko mendapat penyakit kronik di masa hadapan penyakit jantung dan angin ahmar.

 

Faedah Bersenam Kepada Kanak-Kanak

Aktiviti fizikal atau bersenam memberi banyak faedah kepada bayi dan kanak-kanak seperti:

  • membantu dalam perkembangan motor kasar dengan meningkatkan kekuatan, ketegangan dan daya tahan otot.
  • memperbaiki keseimbangan badan serta kelenturan sendi
  • mengelak anak-anak daripada masalah berlebihan berat badan atau obesiti berat badan.
  • meningkatkan tahap keyakinan dalam diri dan skil sosial
  • meningkatkan perkembangan kognitif ketika anak-anak meneroka persekitaran 
  • meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular anak-anak dan mencegah penyakit kronik di masa hadapan
  • meningkatkan kekuatan memori dan ingatan

 

Saranan durasi waktu aktiviti fizikal serta cadangan aktiviti untuk bayi dan kanak-kanak

Umur

Durasi aktiviti fizikal sehari

Cadangan aktiviti

Berstruktur

Tidak berstruktur

< 1 tahun

> 30 minit

Aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak, seperti: 

 Menyusun cawan

·         Mengolekkan bola bersama bayi

·         Menggunakan periuk, penutup periuk dan senduk untuk aktiviti mengetuk

· Meniarap

·        Merangkak 

 ·    Mengambil mainan

·         Berdiri

·         Berjalan

1 – 3 tahun

> 180 minit

Aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak, seperti:

·         Menari dan menyanyi

·         Bermain teng-teng

·         Melekatkan pita berwarna di lantai sebagai ‘balance beam’

·         Berlari, memanjat, melompat

·         Berbasikal

·         Berjengket atau berdiri diatas satu kaki

·         Merangkak di dalam terowong mainan atau dibawah meja

3 – 5 tahun

> 3 jam (termasuk 60 minit aktiviti serdahana lasak)

·         Berenang

·         Bermain bola sepak, badminton

  • berlari
  • berbasikal

5 – < 18 tahun

> 1jam

Aktiviti sederhana lasak dan intensif seperti:

  • senaman aerobik
  • berenang
  • bermain bola sepak
  • bermain tenis

 

Senaman yang Selamat

  • Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa.
  • Guna peralatan keselamatan seperti topi keledar, kaca mata yang menghalang kemasukan air (google), pelindung mulut, pelapik dan sebagainya.
  • Elakkan daripada bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan.
  • Pastikan minum air secukupnya sebelum dan selepas senaman bagi mengantikan cecair yang hilang melalui peluh. Elak mengambil air berkarbonat.
  • Elakkan daripada bersenam di persekitaran yang tidak sesuai seperti tempat yang gelap, cuaca yang panas dan udara yang tercemar.
  • Jangan terus mandi selepas senaman. Tunggu sehingga badan menjadi sejuk dan tidak berpeluh.
  • Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika berbasikal atau berjoging pada waktu subuh atau malam.
  • Jika berjoging di jalan raya, lakukannya dengan berlari berlawanan arah lalu lintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang menuju ke arah anda. Elak bersenam di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.

 

Pemanasan Badan Sebelum Senaman

Pemanasan badan sebelum senaman adalah penting untuk:-

  • Memanaskan otot.
  • Menambahkan peredaran darah ke otot.

 

Bagaimana untuk memanaskan badan? 

  • Memanaskan otot-otot yang akan digunakan dengan berjoging selama 2 hingga 3 minit, mulakan aktiviti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
  • Melakukan regangan (15 minit) – lakukan setiap regangan 10 hingga 20 saat. Lakukan regangan tetapi tidak sehingga mencederakan otot.
  • Melakukan senaman khusus – berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang bertenaga tinggi.

 

Penyejukan badan selepas senaman

Penyejukan badan selepas senaman adalah penting untuk:

  • Merehatkan otot.
  • Membuang bahan perkumuhan.
  • Penambahbaikan kelenturan.

Bagaimana menyejukkan badan? 

  • Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur.
  • Ulang regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman.

 

Rujukan

National Health Morbidity Survey 2022, NIH, KKM

Panduan Pencegahan & Pengendalian Kes Berisiko Malnutrisi Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun , 2019, BPKK, KKM

Guidelines on physical activity, sedentary behaviour and sleep for children under 5 years old, 2019, World Health Organisation

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/physical-activity

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dr. Baizury Bashah

Penyemak

:

Dr Amy Nur Diyana Binti Mohamed Nasir

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,681

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia