A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah itu “gengsterisme”?

“Gengsterisme” ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.

 

Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan ‘gengster’?

‘Gengster’ sering:

  • Mempamerkan tingkah laku yang
  • agresif
  • Merompak
  • Menyeluk poket
  • Terlibat dalam lumba haram
  • Mencuri kereta
  • Mengedar dadah
  • Minum arak
  • Terlibat dalam seks rambang
  • Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka

Apakah punca seseorang itu menjadi ‘gengster’?

Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi ‘gengster’ adalah:

  • Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh media
  • Personaliti lemah
  • Tingkahlaku antisosial
  • Perasaan ingin mencuba

Adakah kita boleh mengenal pasti jika seseorang itu akan cenderung dalam aktiviti ‘gengster’?

Kebarangkalian besar seseorang itu cenderung ke arah Gengsterisme jika seseorang itu:

  • Mudah marah disebabkan pertelingkahan kecil
  • Suka merosakkan harta benda
  • Sering pulang lewat dari sekolah
  • Sering keluar di waktu malam
  • Melepak
  • Sering tidur di waktu siang
  • Mempunyai prestasi yang rendah di sekolah
  • Mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan
  • Menghadapi masalah disiplin
  • Mempunyai rekod kehadiran sekolah yang buruk/ponteng
  • Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti melanggar undang-undang
  • Bergaduh menggunakan senjata tajam
  • Merokok
  • Sentiasa berbohong untuk mendapatkan sesuatu, melanggar peraturan, berkelakuan ganas dan tidak bertanggungjawab atas perbuatannya
  • Berkomunikasi secara agresif dan suka bertekak

Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang ‘gengster’?

Beliau akan:

  • Dikenakan tindakan disiplin
  • Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
  • Dibuang sekolah
  • Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
  • Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?

Ya, anda boleh.

Anda seharusnya:

  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
  • Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
  • Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti:
    • Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
  • Katakan “tidak” pada sikap yang negatif

Seandainya masalah ‘gengster’ anda sudah menjadi terlalu serius:

  • Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
  • Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi

Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Siti Taniza Toha
Penyemak : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
: Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,702

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia